window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k?

Haris · Aug 26, 2022 07:00 PM

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 01

Kenderaan elektrik (EV) hanya menyumbang sebahagian kecil daripada jualan kereta baharu di Thailand tetapi kerajaan Siam menggalakkan lebih banyak syarikat EV untuk melabur di negara itu kerana mereka mensasarkan untuk menjadi hab EV serantau menjelang 2035.

Antara syarikat yang menyambut seruan tersebut adalah Ora, MG, GWM , BYD dan paling terkini Hozon Auto.

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti kebanyakan jenama EV lain yang sedang merintis pasaran, Hozon berasal dari China dan modelnya mengenakan lencana Neta. Untuk itu, Hozon Neta V telah diperkenalkan secara rasmi di Thailand minggu ini. Tidak seperti pengedar BYD, Rêver Automotive yang menjadi wakil di sana, Hozon telah mempertontonkan kenderaan sebenar semasa pelancaran rasmi.

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 01

Tetapi sebelum kita pergi lebih mendalam dengan model Neta V, syarikat itu telah mengumumkan ketika sidang akhbar bahawa ia merancang untuk menubuhkan sebuah kilang di Thailand yang akan mengeksport ke sekurang-kurangnya 5 pasaran di sekitar ASEAN.

Hanya 4 pasaran telah disebut iaitu Indonesia, Vietnam, Brunei dan Malaysia.

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 02

Ya, kita mungkin akan melihat satu lagi pengeluar kereta China memasuki Malaysia pada masa hadapan tetapi bukan dalam waktu terdekat. Ketika artikel ini ditulis, masih tiada berita mengenai sebarang pelantikan pengedar tempatan yang diumumkan. Kemaskini akan diberikan selepas pengesahan dibuat.

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 03

Hozon Auto ialah pengeluar kereta yang masih hijau. Diasaskan pada tahun 2014, syarikat ini memberi pengkhususan dalam pembangunan kenderaan tenaga baharu. Buat masa ini, hanya satu model sahaja ditawarkan di Thailand dan Hozon Neta V merupakan salah satu EV paling berpatutan di sana dengan harga pengenalan THB 549,000 ( ~RM 68k).

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 04

Harga tersebut boleh dikatakan sama seperti Toyota Yaris varian asas tetapi menurut sumber, harga itu adalah sekadar harga jualan yang dijangkakan selepas menerima rebat dan insentif. Tanpa rebat yang diluluskan kerajaan Thailand, Hozon Neta V disenaraikan pada THB 760,000 (~RM 95k).

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 05

Harga itu lebih murah daripada Ora Good Cat yang bermula dari THB 989,000 (~RM 123k). Namun, masih terlalu awal untuk mengagak sama ada Hozon Neta V mampu menjadi sepopular kenderaan elektrik lain yang sudah lama bertapak di sana.

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 06

Berbalik kepada spesifikasi, crossover elektrik ini dikuasakan oleh motor elektrik kekal di bahagian hadapan yang menghasilkan 95 PS/150 Nm yang dijus oleh pek bateri litium-ion 38.5 kWh. Dengan satu cas penuh, Hozon Neta V mempunyai jarak gerak 384 km yang dituntut (mengikut piawaian NEDC).

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 07

Mengecas Neta V mengambil masa 8 jam melalui pengecasan AC konvensional manakala pengecasan pantas DC mengambil masa kira-kira 30 minit. Neta masih belum mengeluarkan jumlah output pengecasan khusus sama ada untuk pengecasan konvensional atau pantas.

Sama seperti MG ZS EV, Neta V juga mempunyai fungsi V2L yang boleh membekalkan sehingga 3,300 watt kuasa kepada peralatan elektrik lain sekiranya berlaku kecemasan.

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 08

Varian Hozon Neta V tunggal ini didatangkan dengan lampu siang DRL LED, lampu utama projektor automatik, dan menggunakan rim 16-inci yang dibalut dengan tayar berprofil 185/55.

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 09

Di bahagian dalam, Hozon Neta V mempunyai kabin dalaman minimalis dengan gugusan meter digital 12-inci yang nampak tipis, stereng dengan butang mulit fungsi, tempat duduk kulit dan skrin sentuh menegak 14.6-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 10

Dari segi keselamatan, Hozon Neta V spesifikasi Thailand mempunyai brek letak kenderaan elektronik (EPB) dengan auto hold, 2 beg udara dan kamera undur yang merupakan ciri keselamatan asas untuk sebuah kereta moden.

Baca: Axia elektrik? Daihatsu Ayla EV mungkin didebut di GIIAS 2022

Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k? 11

Menariknya, pengedar Hozon di Thailand, Arun Plus ialah anak syarikat EV di bawah PTT Group yang merupakan syarikat minyak nasional Thailand. Ia setaraf dengan Petronas di Malaysia tetapi mereka baru sahaja membuka cabang perniagaan jualan kereta elektrik (EV). Namun, tanpa pengumuman pengedar tempatan untuk Malaysia, adakah prospek ini kelihatan tidak masuk akal?

Baca: Proton Savvy jadi kenderaan elektrik (EV), pandu sendiri hasil pembangunan 'startup' dari Indonesia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Neta V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda