window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Grand Vitara dengan DNA dari Toyota bakal menjengah Indonesia, menyusul awal tahun 2023?

Haris · Aug 29, 2022 07:00 PM

Suzuki Grand Vitara dengan DNA dari Toyota bakal menjengah Indonesia, menyusul awal tahun 2023? 01

Kredit gambar: topauto.co.za

Suzuki Grand Vitara merupakan model SUV segmen B yang dihasilkan di bawah usaha sama Maruti Suzuki dengan Toyota Kirloskar Motor untuk pasaran India dan beberapa pasaran membangun lain. Ia menandakan satu lembaran baharu buat kedua-dua konglomerat yang mempunyai reputasi tinggi dalam pasaran automotif.

Suzuki Grand Vitara dengan DNA dari Toyota bakal menjengah Indonesia, menyusul awal tahun 2023? 02

Jadi mengapa Toyota bekerjasama dengan Suzuki pula? Perkongsian tersebut adalah berdasarkan kepakaran Toyota dalam teknologi elektrifikasi bersama dengan kepakaran Suzuki dalam menghasilkan kenderaan kompak. Sebelum ini, Suzuki tampil dengan model Suzuki Across yang merupakan rebadge daripada Toyota RAV4.

Suzuki Grand Vitara dengan DNA dari Toyota bakal menjengah Indonesia, menyusul awal tahun 2023? 03

Toyota Urban Cruiser Hyryder

Belum dilancarkan secara rasmi di tempat asalnya, model Suzuki Grand Vitara nampaknya dipertontonkan di pasaran Afrika Selatan yang juga pasaran penting bagi jenama itu. Malah, laporan daripada Autofun.id turut mendakwa bahawa SUV ini bakal menjengah ke Indonesia dengan spesifikasi mirip pasaran Afrika Selatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai rujukan, kembar bagi Suzuki Grand Vitara adalah Toyota Urban Cruiser Hyryder yang sudah dilancarkan bulan Julai 2022, sebelum pelancaran Grand Vitara itu sendiri.

Suzuki Grand Vitara dengan DNA dari Toyota bakal menjengah Indonesia, menyusul awal tahun 2023? 01

Kredit gambar: topauto.co.za

Jangkaan Autofun.id mungkin tidak tersasar jauh kerana Suzuki mendakwa bahawa Grand Vitara serba baharu adalah sebuah model SUV global. Ia mempamerkan reka bentuk, teknologi dan prestasi terbaik dari Suzuki. Pembangunannya adalah berasaskan platform Suzuki Global C dan bukannya platform Toyota.

Suzuki Grand Vitara dengan DNA dari Toyota bakal menjengah Indonesia, menyusul awal tahun 2023? 02

Kredit gambar: topauto.co.za

Suzuki Grand Vitara serba baharu akan didatangkan dengan dua varian enjin iaitu Mild Hybrid (teknologi Suzuki) dan Full Hybrid (teknologi Toyota). Kedua-dua enjin akan adalah unit 1.5 liter, ditala untuk memberikan tahap kuasa yang berbeza.

Spesifikasi kedua-dua unit enjin tersebut adalah:

  • 1.5L Intelligent Electric Hybrid (Hibrid Penuh), transmisi e-CVT
  • 1.5L Smart Hybrid (Hibrid Ringan), transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 6-kelajuan

Suzuki Grand Vitara dengan DNA dari Toyota bakal menjengah Indonesia, menyusul awal tahun 2023? 03

Perbezaan yang ditawarkan oleh Suzuki adalah SUV ini lebih lasak berbanding SUV pesaing dalam pasaran. Varian 4WD dilengkapi dengan ALLGRIP SELECT (Auto, Sport, Snow, Lock) yang membantu meningkatkan cengkaman SUV. Sistem ini membolehkan pemandu memilih daripada empat mod pemanduan untuk mana-mana permukaan jalan yang sesuai.

Suzuki Grand Vitara dengan DNA dari Toyota bakal menjengah Indonesia, menyusul awal tahun 2023? 04

Tombol pemilih mod. Gambar: topauto.co.za

Selain itu, Suzuki Grand Vitara serba baharu dilengkapi dengan bumbung suria panoramik, skrin infotainment, tempat duduk berventilasi dan kamera pandangan 360. Ia juga menawarkan aplikasi Suzuki Connect terbina dalam. Selain itu, terdapat pengecasan tanpa wayar dan corong penyaman udara belakang yang menyumbang kepada keselesaan.

Suzuki Grand Vitara dengan DNA dari Toyota bakal menjengah Indonesia, menyusul awal tahun 2023? 05

Kredit gambar: topauto.co.za

Dengan kehadiran Suzuki Grand Vitara ini, pesaing seperti Honda HR-V, Kia Seltos dan Hyundai Creta yang mempunyai fokus prospek peminat yang tersendiri. Toyota Urban Cruiser Hyryder pula dijangka akan menjadi model khas India bagi memberi peluang kepada Grand Vitara untuk bersinar di pentas antarabangsa.

Baca: Suzuki S-Cross 2022 serba baharu membuat debut – pesaing Honda HR-V inilah yang kita perlu

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda