Minggu lepas, Geely telah memaparkan video promosi Geely Preface yang sedikit kontroversi. Nampaknya, promosi Geely Preface tidak berakhir di situ. Beberapa hari yang lalu, Geely Automobile mengumumkan gambar rekaan dalaman rasmi Geely Preface, sedan pertama Geely dengan platform CMA.
Berdasarkan paparan, bahagian dalam model ini menggunakan skema warna biru dan kelabu mewah yang dinamik dan unik. Menurut pengumuman rasmi, PREFACE diposisikan sebagai sedan mewah kelas A. Dengan prestasi terunggul dan kualiti mewah yang disokong oleh platform berkelas dunia CMA, ia memberikan takrifan semula standard tinggi dalam kelasnya.
Selain itu, Geely turut menggabungkan teknologi “Geely 4.0” dalam model ini. Berikut adalah antara penambahbaikan pada rekaan dalaman Geely Preface ini.
Berdasarkan senarai yang diberikan tadi, sememangnya Geely Preface berada dalam kelasnya tersendiri. Pembaharuan sistem wangian dalam kereta mengingatkan pembaharuan sistem penapis udara (air filter) dalam Proton X70. Geely sememangnya tidak lokek dengan fungsi-fungsi pada harga yang berbaloi.
Geely Preface disebut-sebut sebagai pengganti Proton Perdana, sedan mewah segmen D oleh Proton. Perancangan Proton akan hadir dengan sebuah sedan pada tahun 2021 dan pengesahan penggunaan platform BMA dan mungkin CMA pada model-model Proton seterusnya menguatkan lagi spekulasi ini.
Jika anda sedang menantikan sebuah sedan mewah dari Proton, jangan terlalu berharap. Geely mungkin tidak merancang untuk 'menurun taraf' sedan mercu mereka ke pasaran kecil seperti Malaysia. Yang lebih pasti adalah fokus Proton untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran luar contohnya Kenya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}