Bukan suatu yang mengejutkan apabila sehingga 70 peratus pembeli Perodua Alza 2022 generasi baharu memilih kit badan GearUp sewaktu melakukan tempahan. Malah, tempahan terkini untuk Perodua Alza 2022 sudah mencecah 60,000 unit.
Pemilik Perodua Alza 2022 setakat ini memang pengguna yang paling aktif "mencantikkan" kenderaan mereka namun mengapa sekadar beli kit badan atau tukar rim sport sahaja?
FTuned Racing Suspension dengan kerjasama Editor WapCar BM, Zamil kini dalam pembangunan produk suspensi baharu untuk 2022 Perodua Alza generasi baharu.
Antara produk yang diumumkan setakat ini adalah Comfort Lowering Spring (CLS) dan Adjustable Suspension bagi meningkatkan lagi sensasi pemanduan dengan ketinggian kenderaan yang direndahkan (lowered).
Semua harus tahu bahawa FTuned Suspension Racing merupakan produk buatan Malaysia yang menawarkan spring suspensi yang sesuai dengan keadaan jalan raya kita.
Daripada mengharapkan menteri jatuh lubang terlebih dahulu sebelum jalan diratakan, apa kata labur sedikit wang anda untuk sistem suspensi yang bagus dengan beberapa produk akan datang oleh FTuned ini.
Ikuti akaun Tiktok Wapcar_Zamil untuk kemaskini terkini sistem suspensi Perodua Alza 2022 dengan kerjasama FTuned Racing Suspension.
Baca: Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}