window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Permintaan untuk kepakaran servis kenderaan elektrik dan hibrid kini sedang meningkat di Malaysia - PUNB

Haris ยท Nov 3, 2022 02:00 PM

Permintaan untuk kepakaran servis kenderaan elektrik dan hibrid kini sedang meningkat di Malaysia - PUNB 01

Foto: MILI Auto Hybrid Service

Sudah tiba masanya untuk Malaysia mempergiat usaha ke arah kenderaan mesra alam, termasuk membangunkan modal insan yang berkecimpung dalam industri ini.

Sehubungan dengan itu, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) telah mengumumkan bahawa akan memperbanyakkan kursus dan latihan peningkatan kemahiran menerusi kerjasama strategik bersama German-Malaysian Institute (GMI) dalam memberi pendedahan teknologi terkini pembuatan kenderaan elektrik (EV) tahun depan.

Permintaan untuk kepakaran servis kenderaan elektrik dan hibrid kini sedang meningkat di Malaysia - PUNB 02

Dalam laporan daripada Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, permintaan terhadap kepakaran untuk servis kenderaan EV dan hibrid dilihat meningkat di Malaysia terutamanya apabila kenderaan tersebut luar daripada tempoh jaminan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja?

Permintaan untuk kepakaran servis kenderaan elektrik dan hibrid kini sedang meningkat di Malaysia - PUNB 01

"Sehubungan itu, sebagai sebuah pusat pembangunan keusahawanan, PUNB bertanggungjawab untuk memberi pendedahan melalui kursus dan latihan yang ditawarkan bagi memastikan perniagaan Rakan Usahawan PUNB mampu bergerak seiring dengan pembangunan teknologi masa kini," kata Izwan.

Pada masa ini, terdapat insentif pengecualian cukai untuk individu bagi pembelian, pemasangan, penyewaan, pajakan dan langganan untuk pengecasan EV sehingga penghujung tahun 2023.

Permintaan untuk kepakaran servis kenderaan elektrik dan hibrid kini sedang meningkat di Malaysia - PUNB 02

Langkah ini telah meningkatkan jumlah kenderaan elektrik yang ada di Malaysia, di samping sokongan pengeluar kenderaan yang masih menawarkan model hibrid walaupun tanpa sebarang insentif.

Secara global, kebanyakan EV berharga dalam julat harga 40,000 USD (~RM 190,000) dan mereka banyak bergantung pada insentif kerajaan. 

Dari segi konteks, Malaysian Automotive Robotics dan IoT Institute (MARii) mensasarkan supaya 15% atau sekitar 150,000 unit kenderaan yang terjual di Malaysia menjelang tahun 2030 adalah kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.

Baca: Hibrid 101: Apa itu MHEV, HEV, PHEV dan hibrid manakah sesuai dengan anda -Toyota, Honda atau Perodua?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia