Secara dasarnya, adalah wajar bagi Edaran Tan Chong Motor untuk memberikan tren kuasa yang lebih baik daripada sebelumnya. Tetapi adakah tindakan pada Nissan Almera baharu ini rasional atau gimik semata-mata?
Sebenarnya ETCM tidak mempunyai pilihan enjin lain untuk digunakan pada Almera baharu.
Pada mulanya, terdapat laporan yang mengatakan bahawa ETCM akan menggunakan enjin 1.5 liter aspirasi natural yang lama untuk Nissan Almera baharu kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang insentif untuk kenderaan yang mempunyai kadar karbon dan penggunaan bahan api yang rendah seperti di Thailand.
Secara fakta, tiada enjin yang lain untuk versi pemanduan sebelah kanan pada Nissan Almera generasi terbaru ini.
Pasaran lain contohnya di Brunei juga mendapat enjin 1.0 liter turbo seperti di Thailand.
Selain enjin ini, Nissan turut menawarkan Almera dengan enjin 1.6 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan transmisi CVT. Namun begitu, enjin ini dikeluarkan khusus untuk versi pemanduan sebelah kiri seperti di Amerika Utara, Mexico, dan Timur Tengah.
Secara teknikal, Nissan Almera baharu cukup berdaya saing. Ia mempunyai rupa paras yang baik, kabin yang bagus, dan spesifikasi yang tinggi. Malah ia juga didatangkan dengan beberapa ciri yang unik untuk pasaran Malaysia dimana ia tidak didatangkan di pasaran Thailand.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}