Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

Perusahaan Otomobil Nasional, syarikat yang kita kenali sekarang sebagai Proton Holdings, diasaskan pada tahun 1983 sebagai syarikat kereta nasional Malaysia. 10 tahun selepas itu iaitu pada 1993, Perusahaan Otomobil Kedua, dikenali sebagai Perodua, diasaskan sebagai syarikat kereta nasional kedua.

Kita sekarang dalam proses untuk mengasaskan kereta nasional ketiga pula.

Ketiga-tiga syarikat kereta nasional ini adalah hasil buah fikiran Perdana Menteri Malaysia kita terdahulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Suatu ketika dahulu, Proton dan Perodua sememangnya syarikat kereta nasional kita. Kedua-duanya ditubuhkan menggunakan dana awam. Proton dahulu dikawal oleh Hicom, Perodua pula oleh UMW.

Walaupun kereta-kereta mereka membawa jenama Malaysia, rakan kongsi teknikal mereka iaitu Mitsubishi (Proton) dan Daihatsu (Perodua) masih memegang hakcipta harta intelektualnya – mengehadkan lagi potensi ekspot kereta-kereta tersebut.

Kredit gambar: Bernard Chin, ‘co-driver’, pasukan Perodua M5 Racing

Sekitar pertengahan 2000-an, Perodua melalui penstrukturan-semula dimana rakan kongsi Jepunnya iaitu Daihatsu mendapat lebih banyak kawalan keatas syarikat kereta nasional kedua tersebut. Bahagian pembuatan dan jualan Perodua diasingkan menjadi syarikat-syarikat yang berbeza.

Bahagian yang dikawal Malaysia terhad hanya kepada bahagian jualan dan pemasaran, yang kini dikenali sebagai Perodua Sales Sdn. Bhd., atau PSSB.

Bahagian pengilangan yang paling penting kini dikawal oleh Daihatsu. Ada tiga subsidiari pengilangan:

Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. (PMSB) menghasilkan Myvi, Alza, dan Aruz. Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB) pula membuat Axia dan Bezza.

Selain dari itu, Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd. (PEMSB) yang mempunyai loji di Sendayan juga menghasilkan enjin 2NR-FE 1.5 liter untuk Toyota Vios dan Yaris. Enjin yang sama (dengan kod 2NR-VE spesifik untuk Daihatsu/Perodua) juga digunakan di dalam Perodua Myvi, Aruz dan Toyota Rush buatan Perodua.

Tiga syarikat ini ialah subsidiari pengilangan bagi Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd. (PCSB), iaitu usaha-sama antara Perodua dan Daihatsu Motor dan Mitsui & Co Ltd dari Jepun.

Secara ringkasnya, bahagian Perodua yang dikawal Malaysia (PSSB) mengawal bahagian jualan, pemasaran dan selepas jualan sahaja. Operasi pengilangannya, dimana sebahagian besar wang dijana di sini, dikawal oleh Daihatsu (dan Mitsui sebagai syarikat perdagangan), melalui PCSB.

Oleh itu, walaupun UMW mengawal 38 peratus dalam syarikat induk iaitu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (POSB), yang memegang kunci utama di dalam syarikat tersebut masih lagi Daihatsu.

PSSB yang dikawal Malaysia sebagai syarikat jualan terpaksa membeli unit kereta siap daripada syarikat pengilang iaitu PCSB sebelum mengagihkan kereta-kereta tersebut ke pengedar di seluruh negara. Merekalah yang mempunyai pengaruh paling besar bagi harga jualan kereta-kereta Perodua.

Syarikat pengilangan Perodua disenaraikan sebagai subsidiari oleh Daihatsu. Sumber: Daihatsu Data Book 2020

Daihatsu Motor menyenaraikan ketiga-tiga syarikat pengilangan Perodua yang kami nyatakan tadi sebagai usaha-sama/subsidiari mereka. Masihkah kita boleh katakan yang Perodua ialah syarikat kereta nasional?

Kisah yang serupa berlaku pada Proton, yang kini dimiliki oleh Geely sebanyak 49.9 peratus. DRB-Hicom masih memiliki bahagian Proton yang selebihnya. Memandangkan DRB-Hicom adalah syarikat yang berkait dengan kerajaan atau GLC, dimana terma itu sendiri tiada definisi yang jelas, kerajaan tiada kawalan secara langsung keatas DRB-Hicom.

Malah, DRB-Hicom dikawal oleh Etika Strategi yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Albukhary. Walaupun ia mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan, DRB-Hicom secara amnya adalah syarikat persendirian dan ‘public-listed’.

Secara ringkasnya, kita boleh katakan yang pemilikan Proton dibahagikan antara dua individu iaitu Li Shufu (China) dan Syed Mokhtar (Malaysia).

Oleh itu, adakah Proton masih lagi layak dipanggil kereta nasional?

Bagi Perodua pula, UMW Holdings mempunyai pegangan 38 peratus yang dikawal oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan KWSP – kedua-duanya dana kerajaan. Tapi, kawalan Daihatsu yang kami nyatakan tadi bermaksud yang Perodua sebenarnya ialah syarikat jualan kereta nasional, bukannya pembuat kereta nasional.

Ada beberapa tanggungjawab dan ciri-ciri tertentu yang perlu ditanggung oleh sebuah syarikat nasional sebenar. Perkara yang paling ketara ialah ia mesti ada pemilikan ketara dan langsung oleh kerajaan. Ini juga bermaksud seorang wakil dari kerajaan patut ada dalam tampuk pimpinan syarikat tersebut.

Syarikat nasional juga bermaksud yang ia dibiayai menggunakan dana awam.

Laman sesawang korporat Geely menyatakan yang Proton ialah jenama kereta nasional Malaysia.

Tiada satu pun kriteria ini ada pada Proton mahupun Perodua, tapi ini tak semestinya suatu perkara yang tak elok. Ini juga bermaksud yang kita tak boleh katakan yang kerajaan membazirkan wang pembayar cukai untuk kereta nasional. Proton mahupun Perodua tidak meminjam wang dari kerajaan, sekurang-kurangnya dah tak pinjam lagi.

Sebuah syarikat nasional juga perlu memenuhi beberapa kewajipan sosial. Syarikat penerbangan nasional kita, MAS contohnya, terpaksa membawa penumpang melalui laluan yang tidak menguntungkan ke beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak. Sama juga seperti Telekom yang diwajibkan untuk menyediakan servis paling asas ke kawasan-kawasan pedalaman di seluruh negara.

Berdasarkan konteks ini, Proton mahupun Perodua sebenarnya tidak dibebani dengan tanggungjawab sosial untuk menghasilkan kenderaan mampu-milik bagi rakyat Malaysia.

Proton dan Perodua tidak akan menghasilkan kereta yang merugikan mereka semata-mata untuk membantu golongan berpendapatan rendah, dan perkara ini tiada masalah pun, asalkan kita tak beri layanan ‘syarikat kereta nasional’ kepada mereka. Lagipun, projek yang merugikan takkan bertahan lama.

Proton Saga dan Perodua Axia ditetapkan pada harga semurah yang boleh walaupun dengan kos pengilangan yang tinggi disebabkan oleh kekurangan skala ekonomik dalam pasaran domestik kecil kita.

Walaubagaimanapun, kedua-dua syarikat ini sudahpun menikmati kelebihan besar dari segi pengecualian cukai – cukai sama yang melonjakkan harga kereta buatan luar, dipasang tempatan mahupun diimpot, yang menguntungkan Geely dan Daihatsu.

Perlu diingatkan yang Daihatsu, yang telah menarik diri daripada semua pasaran luar negara kecuali Indonesia dan Malaysia, mengaut keuntungan yang besar dari Malaysia.

Populasi Malaysia adalah sebanyak 32 juta dan menjual sekitar 600,000 kereta setahun. Populasi Indonesia sebesar 268 juta membeli lebih dari 1 juta unit kereta setahun. Yang peliknya, Malaysia adalah pasaran luar negara yang lebih penting bagi Daihatsu, dimana mereka menjual 224,659 unit kereta pada tahun 2019 berbanding Indonesia iaitu sebanyak 169,284.

Ya, jualan Perodua dimasukkan sekali di dalam kiraan jualan luar negara Daihatsu. Adakah ia betul-betul kereta nasional kita?

Sumber: Daihatsu Data Book 2020

Memandangkan Daihatsu kini adalah subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Toyota (sejak 2016), tiada info tentang pecahan sumbangan kewangan mengikut negara. Tapi, kami rasakan yang Malaysia masih memberi keuntungan lebih banyak dengan pengecualian cukai dan kekurangan saingannya.

Di luar Malaysia, tahukah anda syarikat kereta mana satu yang dikawal oleh kerajaan negaranya?

Kerajaan Perancis memiliki 15 peratus pegangan dalam Renault – pemegang sahamnya yang terbesar. Perkara ini menjadi salah satu sebab pertelingkahan di dalam usahasama Franco-Japanese Renault Nissan Mitsubishi Alliance.

Renault ialah kereta nasional Perancis tapi tak ramai yang menggambarkannya sedemikian

Secara amnya, Renault ialah sebuah syarikat kereta nasional tapi pembuat kereta Perancis tersebut berusaha keras untuk menjauhkan diri daripada gelaran itu, kerana pemilikan kerajaan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Contoh lainnya adalah Volkswagen, dimana 11.8 peratus pegangannya dikawal oleh kerajaan negeri Lower Saxony di Jerman (setakat tahun 2020), dan mereka ada 20 peratus hak mengundi. Mereka mempunyai pengaruh yang agak besar di dalam urusan Volkswagen.

Lower Saxony, kerajaan negeri Jerman, mempunyai pengaruh besar dalam Volkswagen AG.

Walaubagaimanapun, kerajaan negeri tersebut tidak mewakili kerajaan persekutuan Jerman. Oleh itu, Volkswagen tidak boleh digelar sebagai syarikat kereta nasional.

Perkara yang sama berlaku pada beberapa syarikat kereta China yang dimiliki kerajaan negeri – dari BAIC milik Beijing hingga ke SAIC milik Shanghai dan FAW milik Changchun. Mereka bukannya syarikat kereta nasional China kerana mereka ditubuhkan dan dimiliki oleh kerajaan perbandaran tempatan, yang kadangkala tidak menepati hasrat kerajaan pusat China.

First Automobile Works (FAW) milik kerajaan perbandaran Changchun juga memiliki Hongqi, yang juga membina kereta limo Presiden Xi. Tapi, Hongqi bukannya kereta nasional China

Sesebuah syarikat kereta sememangnya boleh diasaskan oleh kerajaan dan dianugerahkan beberapa kelebihan. Tapi, lama-kelamaan, ia harus dijalankan seperti syarikat persendirian dan dilepaskan ke gelanggang persaingan.

China telahpun mengumumkan yang mereka tidak akan lagi melindungi jenama domestik dan akan melupuskan syarat-syarat yang dikenakan kepada syarikat kereta luar yang mahu berganding bahu dengan pengilang tempatan menjelang 2022.

Maruti pula satu ketika dahulu ialah syarikat kereta nasional India yang diasaskan pada tahun 1981. Menjelang 2013, kerajaan India telah menjual pegangan kawalan mereka di dalam syarikat tersebut kepada Suzuki, yang kini memiliki Maruti sejumlah 56 peratus. Maruti ialah sebuah syarikat kereta India, bukannya syarikat kereta nasional India.

Semakin kita maju kehadapan, kita patut sekadar memanggil Proton dan Perodua sebagai pembuat kereta domestik.

Menteri MOSTI terkini, Khairy Jamaluddin, pernah membuat kenyataan berkenaan projek kereta nasional ketiga tersebut; “Panggillah ia kereta, tapi bukan kereta nasional.”

“Jika kamu buka sebuah syarikat Malaysia yang menghasilkan kereta, ia bukanlah kereta nasional. Jika satu syarikat persendirian asing menghasilkan kereta itu di sini, ia bukan kereta nasional. Sebuah kereta nasional didatangkan dengan konotasi tersendiri,” kata KJ di Forum Ekonomi Belia 2018.

Secara rasminya, syarikat kereta nasional ketiga tersebut masih berjalan mengikut perancangan tapi memandangkan ia adalah projek yang dimulakan oleh kerajaan PH terdahulu, pemerintahan sekarang seperti kurang berminat dengan projek ini.

KJ sendiri berkata yang belum ada sebarang perbincangan yang dijalankan mengenai projek tersebut oleh ahli kabinet terkini.

Sebuah prototaip kereta nasional ketiga tersebut sepatutnya diperlihatkan pada bulan Mac yang lalu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang terdahulu, Darell Leiking telah mengesahkan yang ia akan melibatkan kerjasama dari Daihatsu dan barangkali Perodua sebagai penghasil kontraknya.

Yang jelas, perancangan ini tidak terhasil dan laporan terkini mengatakan yang pengenalan prototaip tersebut telah ditangguhkan ke hujung tahun ini.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Alza

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Tags

Lihat Lebih