Honda Jazz (GK) terpakai kini serendah RM 40k - masih diidamkan, lebih mahal daripada City GM6 sedan!

Honda Jazz merupakan model yang telah memulakan segala-galanya dalam pasaran hatchback. Ia begitu berpengaruh sehinggakan pada satu tahap, ia masih lebih baik dalam sesetengah aspek berbanding Honda City Hatchback yang lebih terkini.

Selain daripada penampilannya yang comel, Honda Jazz adalah juara dari segi ruang dan pakej, berjaya menyaingi praktikaliti dengan standard perincian kenderaan yang lebih besar. Ia juga menampilkan rangkaian kuasa yang mantap dan menyeronokkan untuk dipandu.

Honda Jazz kini hadir dalam pasaran recond sahaja

Kini boleh didapati dalam pasaran terpakai, Honda Jazz (GK) berada pada paras harga sebuah Perodua Myvi baharu. Oleh yang demikian, berikut adalah panduan untuk membeli Honda Jazz terpakai hanya di Wapcar.my.

Varian Honda Jazz GK di Malaysia

Jazz facelift

Ketika ia dilancarkan pada tahun 2014, Honda Jazz GK hadir dalam tiga varian iaitu S, E dan V. Perbezaan antara varian kebanyakannya adalah dari segi ciri kelengkapan tetapi hanya terdapat satu pilihan rangkaian kuasa - enjin 4-silinder 1.5 liter yang menghamburkan 120 PS dan 145 Nm melalui transmisi automatik jenis CVT.

Pada tahun 2017, Honda Jazz facelift menerima peningkatan dari segi kosmetik dan kelengkapan biasa serta menambah varian Sport Hybrid i-DCD.

Honda Jazz hibrid didatangkan dengan enjin petrol 1.5 liter, transmisi klac berkembar 7-kelajuan dengan motor elektrik bersepadu dan bateri litium-ion yang menghasilkan output gabungan 137 PS dan 170 Nm.

Varian Honda Jazz GK facelift mengekalkan varian S, E, dengan Sport Hybrid berada di bawah varian V teratas.

Spesifikasi Honda Jazz GK
Enjin Output Transmisi

1.5-liter
i-VTEC

120 PS, 145 Nm CVT
1.5-liter
i-DCD
137 PS, 170 Nm
(gabungan)
7DCT

Varian Honda Jazz yang disyorkan dengan kos asas

Honda Jazz GK terpakai berharga antara RM 40k untuk unit awal 2014 dan 2015 dan meningkat kepada sekitar RM 80k untuk unit 2019 ā€“ 2020 yang lebih terkini.

Oleh itu, terdapat banyak pilihan dalam julat harga yang meluas. Varian 1.5 Hibrid biasanya berharga antara RM 50k - RM 70k.

Bagi mereka yang lebih sensitif dengan harga, unit terpakai Honda Jazz GK sebenarnya dijual pada harga yang sedikit lebih tinggi daripada Honda City GM6 yang dijual pada tahun sama.

Memilih varian Honda Jazz yang sesuai untuk anda memerlukan penelitian di antara enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi atau hibrid.

Model Sport Hybrid yang lebih kompleks menawarkan penjimatan bahan api, kuasa dan prestasi pemanduan yang lebih baik, tetapi seperti mana-mana hibrid, terdapat kos yang perlu dipertimbangkan jika penggantian bateri atau inverter diperlukan.

Seperti Honda City GM6, model dengan jarak perbatuan yang tinggi tidak sepatutnya menjadi faktor penghalang ā€“ kerana alat ganti mudah dicari. Oleh itu, kami sarankan untuk meluangkan masa untuk mendapatkan kenderaan yang diselenggara dengan baik dengan rekod servis yang komprehensif.

Sebagai alternatif, lihat beberapa Honda Jazz terpakai di laman Carsome. Kesemua model Carsome ditawarkan dengan jaminan lanjutan dan diskaun tunai untuk waktu terhad.

Kos asas Honda Jazz GK
Varian Jazz S, E, dan V Sport Hybrid
Cukai Jalan (RM) 90
Saiz Tayar 175/65R15 / 185/55R16 175/65R15
Tayar/unit (RM) 145 - 250 / 170 - 280 145 - 250
Bateri - NS40 (RM) 200 - 260

Kos selenggara dan masalah biasa Honda Jazz?

Dengan spesifikasi yang mantap dan kualiti binaan yang kukuh, Honda Jazz memegang reputasi baik yang terbukti untuk kebolehpercayaan, justeru dengan servis yang betul dan berkala, hatchback ini mampu mengekalkan prestasi selama bertahun-tahun.

Berikut ialah jadual ringkas jadual penyelenggaraan asas Honda Jazz GK:

Kos servis asas Honda Jazz GK
Servis / Sela Alat Ganti Kos (RM)
Tukar minyak hitam / 10k km Minyak enjin, palam buang minyak, penapis minyak enjin 280
Penapis udara / 20k km (NA/Hybrid) Penapis udara enjin 95/170
Penapis kabin (40k km NA / 30k km Hybrid) Penapis habuk dan debu 105 / 140
Penapis minyak / 110k km Penapis minyak dan pemegang 280
Servis brek / 60k km Minyak pelincir brek 80
Servis kotak gear / 40k km (CVT) Minyak pelincir ATF dan penapis 150

Transmission service / 160k km (7DCT)

ATF oil and filter 80
Servis penyejuk / 200k km (NA/Hybrid) Coolant 150 / 130
Palam pencucuh / 100k km (NA/Hybrid) Tukar palam pencucuh 390 / 440

Kos servis untuk Honda Jazz GK kelihatan munasabah, dengan satu-satunya perbezaan antara varian biasa denganhibrid ialah servis kotak gear. Transmisi DCT 7-kelajuan sebenarnya memerlukan kurang penyelenggaraan dengan selang servis empat kali lebih lama.

Komponen pemanduan dan suspensi cenderung menunjukkan petanda haus pada sekitar 120k km. Berikut adalah beberapa isu yang perlu diambil perhatian:

Masalah biasa Honda Jazz GK
Lower arm hadapan Gegaran terasa lebih kuat RM 750 (Ori)
Penyerap hentak hadapan Gegaran terasa lebih kuat RM 580 (Ori)
Penyerap hentak belakang Bunyi suspensi RM 480 (Ori)
Ignition coil Enjin melahu kasar, kurang kuasa RM 200 / unit
Kebocoran enjin Minyak meleleh di kawasan enjin RM 1,000

Masalah kebocoran minyak enjin pada enjin jarang berlaku namun simptom boleh diperhatikan di bahagian takungan minyak enjin dan transmisi, atau gasket penutup injap. Sekiranya ia berlaku, selalunya ini disebabkan oleh rekod servis yang kurang bagus.

Walau bagaimanapun, bakal pembeli dinasihatkan untuk membuka enjin dan penutup bawah badan transmisi (yang mampu menyembunyikan isu ini) dan memeriksa kawasan tersebut dengan betul.

Bagi Honda Jazz Hybrid, bateri ditawarkan dengan waranti 8 tahun dengan kos sekitar RM 5,500 untuk diganti. Walau bagaimanapun, semua Honda Jazz Hibrid baru berumur hampir 5 tahun justeru masih mendapat manfaat daripada jaminan pengeluar.

Konklusi

Ultra Seats masih tiada tandingan

Masih terdapat rakyat Malaysia yang mementingkan aspek praktikaliti, kebolehpercayaan dan kecekapan, jadi tentunya Honda Jazz memenuhi kesemua ciri ini dengan keupayaannya menawarkan semua kualiti tersebut.

Honda Jazz ialah hatchback yang menawarkan ruang dalaman yang luas, penjimatan bahan api yang baik, dan pemanduan yang lancar dan selesa. Ia juga mempunyai reputasi yang baik sekiranya dibandingkan dengan Proton Iriz baharu apatah lagi dengan Toyota Yaris terpakai.

Seperti biasa, adalah lebih mudah untuk melihat Honda Jazz terpakai yang sudah dinilai pakar-pakar di Carsome, menjimatkan masa anda dan memudahkan urusan jual beli.

Tiada caj tersembunyi, tiada kereta banjir, kesemua kenderaan yang disenaraikan melalui pemeriksaan dan baik pulih komprehensif - kesemuanya untuk anda.

Baca: RM 60k, enjin 1.5 liter yang sama, nak beli Toyota Yaris terpakai atau Perodua Myvi baru?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda Jazz

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Closer Look: All-new Honda Jazz, Cutest City Car Ever? - wapcar.my

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysiaā€™s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. ā€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

Itā€™s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, itā€™s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editorā€™s Choice Award 2022-2023 for ā€˜Pick-up Truck of the Yearā€™ for the Ranger and ā€˜Car of the Yearā€™ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant thatā€™s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. Thatā€™s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. ā€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda Jazz
Cek Lebih