![Giliran Adam Norrodin ke WSBK, sertai MIE MS Racing Honda Team dalam kelas WorldSSP! 01]()
Lagi khabar gembira diperoleh buat peminat sukan permotoran dua roda tanah air apabila seorang lagi pelumba berbakat negara, Adam Norrodin dikhabarkan bakal beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dalam kelas Supersports (WorldSSP) musim 2023.
![Giliran Adam Norrodin ke WSBK, sertai MIE MS Racing Honda Team dalam kelas WorldSSP! 02]()
Perkembangan menarik itu diperoleh dalam satu tangkap layar mengenai program Honda Racing Corporation musim depan dengan pengumuman rasmi mengenainya dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Juga baca: Tuah Adam Norrodin, kembali beraksi di Moto2 GP Britain minggu ini!
![Giliran Adam Norrodin ke WSBK, sertai MIE MS Racing Honda Team dalam kelas WorldSSP! 01]()
Di perlumbaan WorldSSP nanti, Adam, 24 tahun akan bergandingan bersama pelumba kelahiran United Kingdom, Tarran Mackenzie menggunakan jentera Honda CBR600RR. Sebagai info, Honda tidak menyertai kempen WorldSSP musim lalu.
Berbalik kepada Adam Norrodin, penampilannya di WorldSSP adalah yang pertama buatnya namun pelumba kelahiran Johor dan produk program pembangunan bakat SIC ini tidak asing dengan jentera 600 cc.
![Giliran Adam Norrodin ke WSBK, sertai MIE MS Racing Honda Team dalam kelas WorldSSP! 02]()
Pada tahun ini, Adam bersaing di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dalam kelas perdana ASB1000 bersama pasukan BMW TKKR Racing dan berjaya menamatkan kedudukan keseluruhan di tempat ke-8.
![Giliran Adam Norrodin ke WSBK, sertai MIE MS Racing Honda Team dalam kelas WorldSSP! 03]()
Sebelum itu pada musim 2021, Adam beraksi di pentas Eropah iaitu Kejuaraan FIM CEV Moto2 dan menamatkan kempen di tangga ke-5 keseluruhan bersama pasukan SIC Racing.
Pada musim 2019 dan 2021, Adam turut berpeluang beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing dan mempunyai pengalaman luas beraksi dalam kelas Moto3 sebelum ini.
Juga baca: Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023!
![Giliran Adam Norrodin ke WSBK, sertai MIE MS Racing Honda Team dalam kelas WorldSSP! 04]()
Perkembangan itu menyaksikan Malaysia mempunyai dua wakil di WSBK musim depan selepas Hafizh Syahrin Abdullah turut sah kekal bersama pasukan MIE Racing dalam kelas elit WordSBK.
Sumber imej: FB Adam Norrodin
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen