window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Toyota Yaris & Honda City Hatchback di Indonesia untuk November 2022 ditapau Suzuki Baleno!

Faisal ยท Jan 1, 2023 08:00 PM

Jualan Toyota Yaris & Honda City Hatchback di Indonesia untuk November 2022 ditapau Suzuki Baleno! 01

Bagi anda yang belum tahu, hatchback Suzuki Baleno baharu telah dilancarkan di Indonesia pada Ogos lalu. Menariknya, berdasarkan laporan Indonesia Association of Automotive Industries (GAIKINDO), jualannya dalam segmen B untuk November berjaya mendahului Toyota Yaris dan Honda City Hatchback.

Jualan Toyota Yaris & Honda City Hatchback di Indonesia untuk November 2022 ditapau Suzuki Baleno! 02

Suzuki Baleno 2022 sewaktu dirasmikan dia GIIAS pada Ogos lalu.

Secara teknikal, jualan Suzuki Baleno pada bulan tersebut adalah sebanyak 299 unit. Toyota Yaris pula merekodkan 215 unit dan Honda City Hatchback hanya 136 unit.

Menurut analisis dari Toyota, jualan Yaris pada bulan lalu telah menurun berbanding September (480 unit) dan Oktober (490 unit).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  1. Suzuki Baleno: 299 unit
  2. Toyota Yaris: 215 unit
  3. Honda City Hatchback RS: 136 unit
  4. VW Polo: 3 unit
  5. Mazda 3 Hatchback: 2 unit

Jualan Toyota Yaris & Honda City Hatchback di Indonesia untuk November 2022 ditapau Suzuki Baleno! 01

Toyota Yaris di pasaran Indonesia.

Perkara yang sama turut berlaku pada Honda City Hatchback yang mana pada Oktober, mereka memperoleh jualan sebanyak 240 unit. Angka pada September pula mencecah 748 unit.

Kalau melihat pada sedan di segmen sama juga, jualan Toyota turut tersungkur walaupun dengan ketibaan Vios baharu (25 unit). Kalau anda nak tahu, jualannya ia dipotong oleh MG 5 GT (44 unit).

  1. Toyota Camry: 113 unit
  2. Toyota Corolla Altis: 90 unit
  3. MG 5 GT: 44 unit
  4. Honda Accord: 29 unit
  5. Toyota Vios: 25 unit
  6. Honda City: 22 unit
  7. Mazda 2 sedan: 17 unit
  8. Mazda 6 sedan: 2 unit
  9. Honda Civic: 1 unit

Juga bacaMG5 GT 2022 di Indonesia laku keras, pembeli sanggup tunggu sampai berbulan-bulan

Jualan Toyota Yaris & Honda City Hatchback di Indonesia untuk November 2022 ditapau Suzuki Baleno! 02

MG5 GT di Indonesia.

Jadi, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Menurut pakar, trend jualan boleh berubah sekiranya promosi yang ditawarkan lebih menarik berbanding yang lain. Pada masa yang sama, model yang lebih baru akan mengambil sedikit masa kerana tempahannya lebih banyak, sekaligus mengakibatkan tunggakan penyerahan.

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda