Perjalanan Honda Civic Type R (FL5) 2023 di Asia Tenggara kini diteruskan dengan pelancarannya di Filipina. Terhad dalam 40 unit sahaja tersedia โ kesemuanya telah habis dijual โ walaupun hadir dengan tanda harga yang mahal iaitu PHP 3,888,000 (~RM 300k).
Harga ini merupakan kenaikan 17% berbanding harga Civic Type R facelift FK8 pada PHP 3.2 juta (~RM 250k) tahun 2021. Ia juga merupakan Honda Civic Type R kedua yang dilancarkan di sana, selepas model FK8 yang disebutkan.
Tidak lagi dihasilkan di kilang Swindon, UK berikutan penutupan kilang itu, Honda Civic Type R generasi FL5 kini dibuat di Jepun. Lebih menarik lagi, ini merupakan kali pertama Civic Type R dihasilkan di sana sejak Civic Type R FD2 yang pernah dijual eksklusif di Malaysia.
Honda Civic Type R yang dihasilkan hari ini adalah generasi yang paling berkuasa, dipacu oleh 320 PS dan 420 Nm dari enjin empat silinder 2.0 liter turbocaj K20C. Seperti model pendahulunya, spesifikasi transmisi kekal dengan pacuan roda hadapan (FWD) yang disokong oleh transmisi manual 6-kelajuan.
Spesifikasi lain antaranya dilengkapi dengan limited slip differential (LSD), brek Brembo, dan tayar Michelin Pilot Sport 4S yang melekat di sekitar rim 19-inci pastinya akan menambah prestasi dan reputasi hatchback ini.
Baca: Honda Civic Type R 2023 FL5: Model CKD China dilihat, bakal dilancarkan tidak lama lagi!
Namun ini bukanlah sebuah kenderaan yang memfokuskan prestasi perlumbaan semata-mata. Ciri keselesaan seperti sambungan Android Auto/Apple CarPlay melalui paparan infotainment 9-inci, dilengkapi dengan 12 pembesar suara Bose membuktikan bahawa ia tetap sebuah hatchback konservatif.
Ia juga dilengkapi dengan upholsteri dalaman baldu berongga udara dengan rona merah dan hitam, tombol gear logam, dan skrin instrumen digital yang memaparkan semua jenis data perlumbaan, dari masa pusingan hingga keadaan kereta secara masa nyata.
Ciri keselamatan pula dikendalikan oleh 8 beg udara (termasuk beg udara lutut untuk pemandu dan penumpang hadapan), serta suite ADAS penuh Honda Sensing yang benar-benar membantu ketika memandu di jalan raya.
Bagi pasaran Malaysia pula, ada kemungkinan besar hatchback prestasi ini akan datang ke Malaysia berdasarkan rekod jualan Honda Malaysia yang konsisten sejak 2014. Seperti biasa, Honda Civic Type R generasi FL5 tidak akan dijual pada harga yang murah; harga permulaan dijangka bermula dari RM 350k.
Baca: Tak sah, tiada 'booking' rasmi dibuka untuk Honda Civic Type R FL5 di Malaysia setakat ini!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}