window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Type R 2023 FL5: Model CKD China dilihat, bakal dilancarkan tidak lama lagi!

Zamil Syaheer ยท Dec 20, 2022 08:00 PM

Honda Civic Type R 2023 FL5: Model CKD China dilihat, bakal dilancarkan tidak lama lagi! 01

Menjelang penampilan sulungnya dalam masa terdekat, Honda Civic Type R 2023 FL5 telah dikesan di China. Ini menandakan kali pertama dalam sejarah China untuk memasang (CKD) kereta ikonik seperti itu.

Menurut Autohome, Dongfeng Honda akan bertanggungjawab untuk pemasangan tempatan (CKD) Civic Type R FL5. malah, ia juga menandakan kali pertama Civic Type R dijual secara rasmi di sana, kerana model generasi terdahulu yang dijual di sana hanya dibawa masuk oleh para pengimport.

Honda Civic Type R 2023 FL5: Model CKD China dilihat, bakal dilancarkan tidak lama lagi! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daripada set gambar, Civic Type R FL5 spesifikasi China sebahagian besarnya kelihatan sama dengan pasaran lain, sehingga ke roda aloi hitam matte 19 inci, brek Brembo merah dan sayap belakang yang besar.

Satu-satunya perbezaan yang boleh dilihat pada bahagian luaran ialah lambang 420 pada pintu belakang, merujuk kepada angka tork 420 Nm Civic Type R FL5.

Baca juga: 2023 Honda Civic Type R FL5 debut ASEAN - dari RM 470k, lagenda baru dah tiba!

Honda Civic Type R 2023 FL5: Model CKD China dilihat, bakal dilancarkan tidak lama lagi! 01

Walaupun kita tahu angka tork FL5 Civic Type R, output kuasanya masih lagi menjadi tandatanya, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Sebagai imbasan ringkas, bergantung pada pasaran ia dijual, tahap output enjin petrol 2.0liter K20C1 4-silinder pengecas turbo berbeza; ia menghasilkan 320 PS di Vietnam, manakala pasaran seperti Thailand dan Jepun pula lebih tinggi - 330 PS.

Baca juga: Thailand lancar Honda Civic Type R 2023 generasi FL5, harga anggaran cecah RM 478k!

Honda Civic Type R 2023 FL5: Model CKD China dilihat, bakal dilancarkan tidak lama lagi! 02

Pada masa ini, Civic Type R FL5 dikeluarkan di kilang Honda di Yorii, Saitama. Civic Type R FK8 generasi sebelumnya dibuat di kilang Honda Swindon di UK tetapi kilang itu telah ditutup.

Baca juga: Video: Proses pemasangan Honda Civic Type R 2023 FL5 di Jepun, jentera abadi lambang 'H'!

Bagaimana dengan Malaysia?

Honda Civic Type R 2023 FL5: Model CKD China dilihat, bakal dilancarkan tidak lama lagi! 03

Civic Type R FL5 di Thailand

Kami yakin ia akan tiba ke Malaysia. Lagipun, Honda Malaysia memang pernah menawarkan Civic Type R FK8 di sini beberapa tahun lalu. Honda Malaysia juga merupakan satu-satunya pengedar Honda di luar Jepun yang menawarkan Civic Type R FD2 secara rasmi pada tahun 2007.

Di Jepun, Civic Type R FL5 baharu adalah 5 peratus lebih mahal daripada model yang digantikannya. Dengan mengandaikan bahawa kenaikan 5 peratus yang sama dalam harga di Jepun, kami menjangkakan Honda Malaysia akan melancarkan model itu di sini pada lewat 2023, berharga sekitar RM 350k.

Baca juga: Honda Civic Type R FL5 2022 dikatakan 5% lebih mahal, tempoh menunggu 6 bulan di Jepun, jangkakan harga RM 350k di Malaysia

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda