BMW X3 F25 terpakai dari RM 55k - lebih baik SUV baharu atau mampu pelihara ini?

Kami meletakkan BMW 3 Series F30 di tempat yang dipandang tinggi kerana ciri kelengkapan, rekaan dan dinamik pemanduan yang terbaik, di mana telah kami bincangkan secara meluas dalam panduan kereta terpakai sebelum ini.

Sedikit sebanyak mengenai BMW X3 F25

Mari kita mulakan dengan sejarah ringkas mengenai pengenalan rasminya di Malaysia. BMW X3 F25 dilancarkan di Malaysia pada tahun 2011 dengan varian tunggal yang diimport sepenuhnya (CBU), X3 xDrive20d.

Seperti tatanamanya, ia dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.0 liter turbodiesel N47 dengan 184 PS/380 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Ia merupakan model BMW pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan sistem auto mula/henti.

Setahun kemudian, varian petrol xDrive20i tiba dengan enjin 4-silinder 2.0 liter turbocaj N20 dengan 184 PS/270 Nm yang juga dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Kedua-dua varian diesel dan petrol adalah model pacuan semua roda (AWD). 

Pemasangan tempatan (CKD) bermula pada awal tahun 2013 dengan tahap kelengkapan yang sama dengan model CBU, seperti sistem infotainment 8.8-inci, pendingin hawa dwi-zon automatik, dan sistem audio 12-pembesar suara 205-watt - hanya sekadar menyebutkan beberapa ciri.

Faktor yang membezakan antara keduanya secara visual ialah rim 18-inci pada model CKD berbanding rim 17-inci pada model CBU.

Pada tahun 2014, BMW X3 LCI F25 (LCI bermaksud facelift) tiba dengan dua varian CKD seperti sebelumnya, petrol xDrive20i dan diesel xDrive20d. Trenkuasa dalam xDrive20i dikekalkan dari sebelumnya tetapi xDrive20d menerima enjin 2.0 liter turbodiesel B47 baru dengan peningkatan output kepada 190 PS/400 Nm.

Selain fascia depan yang baru, tahap kelengkapan juga telah dipertingkatkan sedikit. Varian XDrive20i menerima funsgi kemasukan tanpa kunci dan pintu kargo belakang bebas tangan berkuasa, seperti yang dilengkapi dalam xDrive20d pra-facelift.

Untuk memberikan nilai tambah, xDrive20d masih merupakan varian yang lebih lengkap dengan kamera undur dan bumbung suria panorama.

Varian BMW X3 F25 mana yang disyorkan?

Kami memihak kepada varian diesel xDrive20d tetapi malangnya, sambutan yang diterima tidak memberangsangkan. Unit terpakai adalah sedikit dan dijauhi pembeli kerana sentimen terhadap enjin diesel. Ia agak mengecewakan kerana enjin N47/B47 telah terbukti agak teguh.

Ia juga sesuai dengan tingkah laku sebuah SUV, iaitu pelayaran pemanduan yang lancar hasil usaha yang minimum dari tork mantap.

enjin N47

Tetapi jika anda berkongsi sentimen yang sama dengan kebanyakan pembeli, maka varian xDrive20i adalah satu-satunya pilihan anda. Memilih antara model pra-facelift dan facelift sepenuhnya bergantung kepada bajet masing-masing.

Berapa harga BMW X3 F25 terpakai pada masa ini?

Pada masa penulisan, unit awal xDrive20i petrol dari 2012 hingga 2013 adalah sekitar purata RM 60k hingga RM 70k, manakala xDrive20d diesel - jika tersedia disenaraikan - mengarah kepada harga yang sedikit lebih tinggi sekitar RM 80k.

Model LCI masih sekurang-kurangnya sekitar RM 100k, bergantung kepada tahun, dengan beberapa unit ditemui dijual pada harga melebihi RM 130k.

Masalah biasa BMW X3 F25 terpakai?

Kredit

Kami bercakap dengan Jason dari JW Performance, yang memberitahu bahawa BMW X3 F25 diesel adalah varian paling boleh dipercayai pernah dia usahakan. Dia juga memberikan contoh pelanggan yang telah mencatatkan lebih dari 300,000 km dengan servis dan baik pulih minimum yang bukan diluar daripada kebiasaan.

Enjin petrol N20, bagaimanapun, lebih mudah terdedah kepada kebocoran minyak dan kegagalan rantai sawat pemasaan. Tetapi kami diberitahu bahawa ini lebih mencerminkan tabiat pemandu kerana ia selalunya ditemui dalam kereta yang dipandu secara agresif, dan tidak setiap enjin N20 menghadapi masalah ini.

JW Performance memanggil kit ini "Projek Kebocoran Minyak"

Sekiranya terdapat kebocoran, tempat biasa yang diperiksa ialah perumahan penapis minyak enjin dan penyejuk minyak enjin.

Kebocoran penyejuk juga merupakan isu biasa, yang boleh disebabkan oleh kegagalan pam air atau pelbagai hos penyambung.

Kredit

Sebagai contoh, BMW X3 F25 dengan lebih daripada 100,000 km perbatuan, sistem xDrive AWD mungkin mula bertindak dan menyebabkan pemanduan terasa tersengguk-sengguk apabila memecut secara mengejut atau bunyi aneh kedengaran apabila stereng berada pada darjah pusingan yang terkunci.

Apa lagi tips mengenai BMW X3 F25 ini?

Kredit

Seperti biasa, berhati-hati dengan unit dengan odometer yang diolah semula, ECU yang telah ditala semula atau mungkin kenderaan yang pernah terlibat dalam banjir atau kemalangan. Rekod servis penuh akan mendedahkan jika jarak tempuh telah diusik dan merupakan satu penambahan yang dialu-alukan.

Konklusi

Bagi mereka yang berkongsi kekaguman kami terhadap BMW 3 Series F30 tetapi lebih gemarkan SUV, BMW X3 F25 sesuai dengan peranan itu dengan sempurna. Dengan harga di pasaran kereta terpakai yang menarik seperti sekarang, mungkin ia patut dipertimbangkan sekarang memandangkan anda kini sudah lebih arif mengenai apa yang perlu diperhatikan.

2019 BMW X3 XDRIVE30I (CKD) 2.0
RM 242,900
RM 2,549/mo
Get Now
47,311 km
4 tahun
Petaling Jaya
2019 BMW X3 XDRIVE30I (CKD) 2.0
RM 239,700
RM 2,627/mo
Get Now
18,502 km
4.5 tahun
Cheras
2019 BMW X3 XDRIVE30I (CKD) 2.0
RM 230,700
RM 2,528/mo
Get Now
29,583 km
4 tahun
Petaling Jaya

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

BMW X3

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

  • BMW X3
    RM 315,800
    VS
    Audi Q5
    RM 486,224
    X3 vs Q5
  • BMW X3
    RM 315,800
    VS
    Mercedes-Benz AMG GLA
    RM 345,058
    X3 vs AMG GLA
  • BMW X3
    RM 315,800
    VS
    BMW X2
    RM 328,800
    X3 vs X2
  • BMW X3
    RM 315,800
    VS
    BMW X4
    RM 398,800
    X3 vs X4
  • BMW X3
    RM 315,800
    VS
    Mercedes-Benz AMG GLB
    RM 392,582
    X3 vs AMG GLB
BMW X3
Cek Lebih