Hanya di Singapura, Mercedes-Benz mengatasi jualan Toyota buat kali pertama dalam sejarah!

Walaupun Singapura merupakan sebuah negara berpendapatan tinggi dengan beberapa kereta termahal di dunia, Toyota adalah jenama kereta paling popular di sana sejak sekian lama. Pada tahun 2022 pula, ini semua berubah apabila Mercedes-Benz muncul sebagai jenama terlaris di Singapura.

Menurut data pendaftaran kereta baharu yang baru dikeluarkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA, setara dengan JPJ Malaysia), Mercedes-Benz menduduki tempat teratas dengan 4,336 unit terjual atau 14 peratus bahagian pasaran.

Kali terakhir Mercedes-Benz hampir mencecah kedudukan terdepan dari segi jualan di Singapura adalah pada tahun1995 apabila ia mengekori Toyota dengan hanya 21 buah kereta.

Baca juga: Sebenarnya, lebih murah membeli kereta di Singapura dan Brunei daripada Malaysia

Bercakap mengenai Toyota, jenama elips itu merosot ke tempat kedua dengan 3,997 unit terjual pada 2022. Tempat ketiga adalah milik pesaing utama Mercedes-Benz dari Munich, BMW, yang menyaksikan 3,626 unit terjual pada tahun itu.

Satu lagi jenama yang berjaya pada 2022 ialah Tesla yang memasuki senarai 10 teratas buat kali pertama. Pembuat EV Amerika itu menjual 867 unit yang meletakkannya di nombor enam antara Mazda dan Nissan.

Baca juga: Harga RM 449k untuk Tesla Model Y rasmi di Singapura, sebenarnya murah bagi mereka?

Bolehkah anda bayangkan berapa kos COE untuk mengekalkan Yaris generasi pertama di jalan raya Singapura?

Sebanyak 30,939 kereta baharu telah didaftarkan pada 2022 mengikut LTA yang menurun daripada 45,442 unit pada 2021. Ini berikutan bekalan sijil kelayakan (COE) yang lebih kecil serta peningkatan harga dua kali ganda sekitar SGD 80,000 (~RM 258k) untuk kereta ekonomi yang lebih kecil dan sekitar SGD 110,000 (~RM 355k) untuk kereta premium yang lebih besar.

Baca juga: Warga Singapura bergegas ke bilik pameran bila COE bawah SGD 100k (RM 324k), kali pertama sejak Mei 2022!

Disebabkan saiz negara yang kecil dan pergantungan penduduk kepada pengangkutan awam, kereta dilihat sebagai pembelian gaya hidup bagi kebanyakan rakyat Singapura. Oleh itu, bilangan kenderaan baharu yang didaftarkan setiap tahun berbanding negara jiran ASEAN agak sikit.

Baca juga: Tinjauan terbaru menunjukkan hanya 50.4% belia Singapura bercita-cita untuk memiliki kereta, kenapa?

Sebagai contoh, harga Toyota Sienta di Singapura tanpa COE adalah antara SGD 69k-71k (~RM 223k-229k). Apabila COE diambil kira, MPV segmen B ini berharga antara SGD 150k -152k (~RM 485k-491k).

Baca juga: COE kereta bawah 1600cc naik di Singapura, Perodua Myvi kini cecah RM 400k!

LTA juga menyenaraikan data jualan berasingan bagi kenderaan import selari yang menyaksikan 6,365 unit terjual atau sekitar 21 peratus daripada jumlah yang didaftarkan di jalan raya. Tambahan pula, COE yang lebih tinggi dan terhad juga menyaksikan jualan kenderaan import selari menurun pada 2022 daripada 10,226 unit tahun sebelumnya.

Baca juga: Kos miliki COE di Singapura kini cecah RM 349.5k, tertinggi dalam tempoh 28 tahun!

Jenama import selari paling laris pada 2022 adalah milik Honda yang menyumbang 75.8% (2,482 unit) jualan, diikuti Toyota dengan 37.6% (2,408 unit), dan Mercedes-Benz dengan 17.6% (926 unit).

Baca juga: Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama!

Walaupun jenama premium menduduki tempat nombor satu dalam jualan di Singapura tahun lepas, jualan jenama ultra-mewah menyaksikan sedikit penurunan daripada 360 unit pada 2021 kepada 348 unit pada 2022.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Rush

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model