window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

COE kereta bawah 1600cc naik di Singapura, Perodua Myvi kini cecah RM 400k!

Haris ยท Nov 24, 2022 01:00 PM

COE kereta bawah 1600cc naik di Singapura, Perodua Myvi kini cecah RM 400k! 01

Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (Certificate of Entitlement) di Singapura menyaksikan peningkatan untuk Kategori A kini menghampiri harga tertinggi melepas paras SGD 90,000.

Dalam satu laporan daripada Mediacorp.sg, bagi kereta dalam Kategori A, atau sehingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada SGD 90,589, naik berbanding SGD 87,235 dalam bidaan lalu.

COE kereta bawah 1600cc naik di Singapura, Perodua Myvi kini cecah RM 400k! 02



Buat julung-julung kalinya, premium bagi kategori tersebut menjangkaui paras SGD 90,000 sejak Januari 2013, apabila ia mencecah SGD 92,100.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beberapa bulan sebelum, bidaan Kategori A masih berada pada harga sekitar SGD 80,501 hingga SGD 86,000. Ia belum melepasi had SGD 80k sehingga Julai lepas.

COE kereta bawah 1600cc naik di Singapura, Perodua Myvi kini cecah RM 400k! 01

Ambil contoh Perodua Myvi. Varian X pengenalan berharga SGD 64,800 (RM197,093) ketika pelancaran April 2019 dengan COEnamun kini sudah melonjak sehingga SGD 104,999 (RM 346,173) tidak termasuk COE. Hatchback ini ditawarkan dengan rebat COE -SGD 73,000 lantas anggaran harga keseluruhan mencecah SGD 122k (RM 404k)!

Sijil itu diperoleh daripada bidaan serta memberikan hak kepada pemegang untuk mendaftar, memiliki dan menggunakan kenderaan di Singapura untuk tempoh 10 tahun. Apabila permintaan tinggi, kos COE boleh melebihi nilai kereta itu sendiri.

Baca: Syukur duduk Malaysia - Harga COE kategori terbuka dah cecah RM 365k, belum masuk kereta lagi!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda