window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tinjauan terbaru menunjukkan hanya 50.4% belia Singapura bercita-cita untuk memiliki kereta, kenapa?

Zamil Syaheer ยท Jun 25, 2022 04:00 PM

Tinjauan terbaru menunjukkan hanya 50.4% belia Singapura bercita-cita untuk memiliki kereta, kenapa? 01

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Nexus Link bagi The Straits Times pada bulan April, peratusan belia Singapura yang bercita-cita untuk memiliki kereta telah menyusut dengan ketara berbanding enam tahun lalu.

Hanya 50.4 peratus daripada lebih 500 responden berkata mereka bercita-cita untuk memiliki kereta dalam beberapa tahun akan datang. Jumlah ini menurun daripada 65.5 peratus yang dicatatkan ketika tinjauan yang sama dilakukan pada 2016.

Tinjauan terbaru menunjukkan hanya 50.4% belia Singapura bercita-cita untuk memiliki kereta, kenapa? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tinjauan dilakukan terhadap responden yang berumur antara 18 hingga 35 tahun. Lebih separuh (55 peratus) daripada mereka memperoleh gaji SGD 2,001 hingga SGD 5,000 sebulan. 74 peratus mempunyai pendidikan tinggi (politeknik dan ke atas).

Alasan utama yang disebut bagi mereka yang tidak bercita-cita untuk memiliki kereta adalah betapa baiknya kemudahan pengangkutan awam yang sedia ada. Kira-kira 89.1 peratus responden tinggal dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari perhentian bas manakala 44.3 peratus tinggal dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari stesen kereta api.

Tinjauan terbaru menunjukkan hanya 50.4% belia Singapura bercita-cita untuk memiliki kereta, kenapa? 01

Kira-kira 50.6 peratus responden menyatakan bahawa mereka hanya memerlukan kereta jika mereka tinggal lebih daripada 10 minit berjalan kaki dari perhentian bas dan 44.3 peratus menyatakan perkara yang sama untuk akses ke stesen kereta api.

Selain sistem pengangkutan awam yang cekap, satu lagi sebab yang ialah pencemaran yang disumbangkan oleh kereta. Malah, kereta elektrik tidak begitu menarik perhatian segelintir daripada golongan ini kerana tenaga elektrik masih berasal dari sumber bahan api fosil.

Baca juga: Maju dan mesra alam, Singapura sasar 50% bas dan teksi elektrik menjelang 2030!

Tinjauan terbaru menunjukkan hanya 50.4% belia Singapura bercita-cita untuk memiliki kereta, kenapa? 02

Lebih satu pertiga daripada responden akan membeli kenderaan elektrik (EV). Nexus Link percaya bahawa responden ini lebih berpengetahuan tentang aspek teknikal EV seperti prestasi dan keselesaan berbanding aspek pemilikan seperti harga dan kos operasi.

Satu lagi sebab yang sering diberikan ialah kenaikan harga kereta di Singapura. Dr Jack Loo, ketua metodologi Nexus Link menjelaskan bahawa dengan harga sijil kelayakan (COE) meroket dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menjadikan kos memiliki kereta telah meningkat secara mendadak.

Baca juga: Pembeli di Singapura makin terseksa, 'geran' COE kereta besar di sana kini cecah RM 320k!

Tinjauan terbaru menunjukkan hanya 50.4% belia Singapura bercita-cita untuk memiliki kereta, kenapa? 03

Ini berkemungkinan menjadi alasan yang lebih kukuh untuk belia di Singapura berfikir dua kali sebelum membuat komitmen kewangan.

Sementara itu, mereka yang masih gemar memiliki kereta memberi alasan seperti kemudahan dan mobiliti. Tinjauan tahun ini juga mendapati bahawa responden kurang tertumpu pada nilai jenama atau status berbanding tahun 2016.

Tinjauan terbaru menunjukkan hanya 50.4% belia Singapura bercita-cita untuk memiliki kereta, kenapa? 04

Sebaliknya, pertimbangan pragmatik seperti penyelenggaraan, kecekapan bahan api dan keperluan keluarga semakin penting. Walau bagaimanapun, harga masih menjadi keutamaan utama walaupun skornya lebih rendah daripada pada 2016.

Apa yang tidak berubah ialah lebih 90 peratus belia Singapura sanggup membelanjakan sehingga 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar kereta dan perbelanjaan pemilikan yang berkaitan.

Tinjauan terbaru menunjukkan hanya 50.4% belia Singapura bercita-cita untuk memiliki kereta, kenapa? 05

Tinjauan itu juga menanyakan pendapat para responden tentang kereta sewa persendirian. Hanya kurang daripada satu perempat daripada responden terbuka untuk memandu mereka. Antara 24.3 peratus akan mempertimbangkannya, manakala 71.2 peratus berkata tarikan utama adalah demi memperoleh pendapatan tambahan.

Satu lagi trend yang semakin popular di kalangan belia ialah berbasikal. Trend ini bermula semasa pandemik Covid-19 di mana rakyat Singapura mula menggunakan basikal mereka dengan lebih kerap untuk tujuan bukan riadah.

Baca juga: Trafik di Lembah Klang makin parah, bersediakah kita bayar caj 'kesesakan' seperti Singapura?

Tinjauan terbaru menunjukkan hanya 50.4% belia Singapura bercita-cita untuk memiliki kereta, kenapa? 06

Dr Zafar Momin, bekas pakar automotif di Boston Consulting Group berkata hasil tinjauan menunjukkan sikap keseluruhan belia Singapura terhadap pemilikan kereta telah beralih daripada aspirasi pada 2016 kepada fungsi pada 2022.

Tanda yang paling ketara ialah hanya 19 peratus responden berkata memiliki kereta adalah penting untuk kehidupan peribadi mereka. Jumlah itu jauh lebih rendah daripada 37 peratus pada tahun 2016.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda