Setelah setahun dalam pasaran, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) nampaknya mengambil keputusan untuk menggugurkan model Golf varian 1.4 TSI R-Line.
Perkara ini disahkan oleh sumber yang diperoleh dari pembaca kami, dan melihat di laman VPCM, Golf R-Line sememangnya sudah tiada.
Sewaktu dijual, Golf R-Line Mk8 ditawarkan pada harga RM 169,990, sekaligus menjadikan ia antara hatchback segmen C paling mahal di Malaysia. Sebagai perbandingan, Mazda 3 Hatchback (CBU Jepun) berharga di antara RM 143,320 ke RM 161,059.
Jadi, agak sukar untuk Golf berentap kerana Mazda 3 lagi cantik dan lagi mudah untuk diguna secara harian.
Apapun, kalau anda hendak membeli Volkswagen Golf, VPCM masih ada Golf GTI CKD dan Golf R CBU, masing-masing pada harga RM 225,990 dan RM 429,990.
Juga baca: Rebiu: VW Golf GTI Mk8 2022 โ ikon hothatch Malaysia yang serba boleh tapi โfeelโ dah tiada?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}