Pejabat Honda Thailand nampaknya baru sahaja mengesahkan bahawa Honda CR-V 2023 generasi baharu akan membuat debut Asia Tenggara di Bangkok International Motor Show, iaitu pada bulan ini.
Berdasarkan siaran akhbar oleh Honda Automobile (Thailand) Co. Ltd, terdapat dua gambar iaitu varian e:HEV RS dan VTEC Turbo AWD. Dalam masa yang sama, kamera LaneWatch juga boleh dilihat pada gambar tersebut.
Kalau diperhatikan, varian e:HEV RS mempunyai spesifikasi lebih tinggi kerana terdapat roda dwi-tona yang lebih besar, cermin sisi hitam, lampu LED dan gril RS.
Menurut Honda Thailand, ADAS Honda Sensing akan didatangkan secara standard.
Dari segi trenkuasa, CR-V 2023 di Thailand akan hadir dengan pilihan enjin 2.0L hibrid i-MMD dan 1.5L turbo, sama macam Civic kita.
Secara amnya, terdapat selang 6 bulan dari tempoh perasmian di kilang ‘rumah’ di Thailand dengan Malaysia. Jadi, Honda CR-V generasi baharu dijangka tiba di pasaran kita pada akhir tahun 2023, itupun kalau debut Mac ini pelancaran terus, bukan prebiu.
Kalau anda nak tahu, selang 6 bulan adalah penting untuk mengekalkan harga yang rendah kerana Honda Malaysia perlu memasang model ini dengan tahap komponen tempatan yang kurang supaya Honda CR-V 2023 dapat rebat cukai eksais.
Dalam masa yang sama, kilang Melaka perlu audit dan sahkan komponen tempatan tersebut, selain membuat percubaan produksi bagi menyesuaikan peralatan pemasangan di kilang, sebelum memulakan produksi jualan.
Untuk pengetahuan anda, Bangkok International Motor Show akan bermula pada 22 Mac ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}