window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai?

Zamil Syaheer · Feb 25, 2023 02:00 PM

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 01

Infografik yang dikatakan mendedahkan pecahan bagaimana cukai menyumbang kepada harga kereta yang tinggi di Malaysia sekali lagi tular baru-baru di media sosial, kali ini oleh Free Malaysia Today (FMT).

Pada 2013, Rafizi Ramli – kini Menteri Hal Ehwal Ekonomi – berikrar untuk menurunkan harga kereta jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum 2013.

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau membentangkan pelbagai 'formula', menerangkan bagaimana harga kereta ditentukan berdasarkan tiga model popular sebagai contoh - Perodua Myvi, Honda Civic, dan Toyota Camry.

Rafizi telah mengandaikan bahawa kadar duti eksais yang diterbitkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sama untuk setiap kereta. Silap besar tuan-tuan dan puan-puan.

Rafizi mendakwa tanpa cukai, Perodua Myvi hanya berharga RM 24,860, Honda Civic hanya RM 63,150, dan RM 71,000 untuk Toyota Camry.

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 01

Sebenarnya, beberapa kereta pemasangan tempatan (CKD) perlu membayar jumlah cukai eksais penuh, kerana pengilang mendapat rebat cukai berdasarkan nilai alat ganti tempatan yang digunakan.

Perodua misalnya, dengan 95 peratus kandungan tempatan, hanya perlu membayar beberapa ribu Ringgit sahaja untuk setiap kereta dalam cukai eksais.

Anda tidak boleh hanya mengira harga bebas cukai kereta dengan menggunakan kadar duti eksais 60 – 105 peratus (bergantung pada kapasiti enjin) dan membuat perkiraan ke belakang daripada harga runcit.

Malangnya, inilah yang dilakukan FMT. Mereka menggunakan formula Rafizi yang cacat pada model semasa (lagipun formula Rafizi ini dibuat pada 2013, harga kereta telah banyak berubah sejak itu). Jadi kini menurut infografik mereka, Honda Civic bebas cukai ialah RM 68,4000, dan Toyota Camry ialah RM 102,300.

Mengapa beberapa pengeluar membayar kadar duti eksais penuh?

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 02

Perodua membeli alat ganti tempatan bernilai RM 10 bilion tahun ini sahaja, ini membolehkannya menuntut rebat dalam cukai eksais

MITI menawarkan pelbagai insentif untuk mempromosikan pembuatan tempatan, dengan matlamat untuk mengembangkan pangkalan vendor tempatan. Secara tak langsung, ia meningkatkan kecekapan teknikal supaya mereka boleh mengeksport ke negara lain.

Secara umumnya, terdapat dua program utama untuk pengeluar kereta menuntut rebat cukai eksais - Program Bahagian Sumber Berbilang (MSP) dan Program Hubungan Industri (ILP).

Di antara kedua-dua ini juga ada program Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh MARii yang sebenarnya agak ‘mencurigakan’ kerana ia hanya melibatkan proses rundingan tertutup sahaja.

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 03

Ini adalah jadual yang ringkas. Anada tidak boleh menggunakan judual ini untuk mengira balik harga bebas cukai kereta baharu

Untuk layak mendapat rebat cukai eksais, pengeluar mesti mengemukakan permohonan mereka bersama-sama dengan justifikasi yang diperlukan kepada Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Automotif (ABDC) yang dipengerusikan oleh MITI, tetapi kelulusan akhir akan datang daripada Kementerian Kewangan.

Ini juga bermakna bahawa harga kereta CKD juga perlu mendapat kelulusan kerajaan.

Adakah kerajaan mengawal harga kereta baru?

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 04

Tidak semua kereta CKD menyumbang sama rata kepada pembuatan tempatan. Sebagai contoh, Honda melakukan kerja badan berskala penuh di sini - daripada mengimpal hingga mengecat. Semua ini menyumbang kepada pengurangan cukai eksais.

Masyarakat umum sering beranggapan bahawa kerajaan mengawal harga kereta jenama asing untuk melindungi Proton dan Perodua tetapi ini tidak benar, sekurang-kurangnya tidak lagi.

Harga kereta CKD hanya memerlukan kelulusan kerajaan sekiranya ia melibatkan rebat cukai. Jelas sekali kerajaan tidak boleh mempunyai situasi di mana penjimatan yang diperolehi daripada pengurangan cukai eksais dipoket oleh syarikat kereta dan tidak diserahkan kepada pengguna.

Baca juga: 100% anak tempatan, ini 3 perkara tentang kilang Porsche di Kulim, Kedah!

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 05

Jika pengilang/pengedar tidak memohon sebarang rebat cukai, mereka bebas untuk menetapkan apa sahaja harga yang mereka mahu.

Jika mereka mahu kehilangan wang pada setiap kereta yang dijual untuk melawan harga Proton dan Perodua, itu pilihan mereka dan MITI atau MoF tidak boleh ambil peduli (selagi ia tidak melanggar peraturan anti lambakan, yang terpakai di semua negara).

Jadi berapa harga Perodua Myvi tanpa cukai?

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 06

Perodua Myvi tanpa cukai di Langkawi bermula dari RM 45,060 untuk varian 1.3G termurah tanpa ciri PSDA. Itu hanya RM 1,440 lebih murah daripada harga Semenanjung Malaysia, jauh lebih rendah daripada RM 21k yang didakwa oleh 'formula' Rafizi.

Ya, bukan setiap sen dalam perbezaan antara harga Semenanjung Malaysia dan Langkawi dikaitkan dengan cukai, tetapi ia adalah sebahagian besar daripadanya. Selebihnya hanyalah perbezaan kecil dalam kos logistik dan margin pengedar.

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 07

Bagi kereta CKD, semua kos yang ditanggung dalam pembuatan termasuk duti import ke atas alat ganti yang diimport, serta pengedaran, pemasaran dan insentif peniaga ditambah sebelum cukai, menjadi apa yang ditakrifkan oleh industri sebagai Nilai Pasaran Terbuka (OMV).

Cukai eksais dikira berdasarkan nilai OMV dan cukai jualan ke atas jumlah cukai OMV+Excise ini. Jadi ya, cukai jualan ialah satu bentuk cukai berganda.

Mengapa terdapat sedikit perbezaan dalam harga bebas cukai?

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 08

Kilang enjin Proton di Tanjung Malim

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Perodua memperoleh 95 peratus bahagian yang masuk ke dalam kereta secara tempatan. Selain itu, Rawang ialah pusat R&D serantau milik bersama Toyota-Daihatsu untuk Emerging Market Compact Car. Kesemua model Perodua dibangunkan disini dengan input daripada Daihatsu di Osaka.

Kos pembangunan R&D tempatan Perodua (dan Proton) boleh dikemukakan sebagai sumbangan kepada ekonomi tempatan, dan oleh itu kedua syarikat ini wajar menikmati lebih banyak rebat cukai.

Baca juga: Proton X70 facelift 2022 kini 70% buatan tempatan, kurang kebergantungan terhadap 'spare part' luar negara!

Formula pengurangan harga kereta Rafizi disebut lagi - betul ke Perodua Myvi berharga RM 21k sahaja tanpa cukai? 09

Myvi 1.5 AV

Untuk mengatakan bahawa Perodua Myvi yang berharga RM 46,000 lebih hanya membayar RM 21,140 dalam bentuk cukai dan akan menelan kos hanya RM 24,860 tanpa cukai adalah karut.

Jadi mengapa harga kereta masih begitu tinggi di Malaysia? Itu memerlukan topik yang berasingan yang akan kami simpan untuk hari lain.

Baca juga: Bajet 2023: Pengecualian duti eksais, cukai import untuk EV CBU dilanjutkan setahun lagi, hingga 2024

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda