window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV?

Mersita · Apr 16, 2023 06:00 PM

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 01

Kenderaan hybrid bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Trenkuasa hybrid dwi-kuasa petrol-elektrik pada mulanya diperkenalkan di negara kita oleh Honda Malaysia pada 2007, iaitu dengan Honda Civic IMA (Integrated Motor Assist) ‘mild-hybrid’.

Pada 2009, UMW Toyota Motor melancarkan kereta hybrid sepenuhnya yang pertama di Malaysia, iaitu Toyota Prius Hybrid Synergy Drive (HSD) dwi-motor.

‘Plugged-in hybrid’ mula menembusi pasaran pada pertengahan tahun 2010-an, dimana sebahagian besarnya adalah model-model Volvo dan BMW.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 01

Geely Icon MHEV ditunjukkan

Hierarki kenderaan dielektrifikasi

Sebarang kereta yang menerima bantuan kuasa elektrik dalam pergerakannya digelar sebagai kenderaan dielektrifikasi (electrified vehicle, atau xEV), dimana ‘x’ berperanan sebagai pembolehubah bagi kedudukan kenderaan tersebut dalam hierarki kenderaan elektrik (EV).

‘Mild hybrid’ (MHEV) berada di kedudukan paling bawah, manakala kenderaan elektrik sepenuhnya dikuasakan elektrik (BEV) pula berada di tempat teratas. Setiap tangga naik dalam hierarki xEV adalah bergantung kepada tahap kebergantungan kenderaan tersebut terhadap enjin ataupun lebih kepada kuasa bateri; sehinggalah ke tahap ‘zero-engine’, BEV bateri tulen.

xEV dan campuran sumber kuasanya
  Enjin Motor Jarak pandu EV
MHEV Tinggi Rendah Tiada
HEV Sederhana Sederhana Rendah
PHEV Sederhana Sederhana Sederhana
BEV Tiada Tinggi Tinggi
FCEV Tiada Tinggi Tinggi

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 02

Proton X90 model flagship dengan 6 tempat duduk

MHEV mempunyai bateri paling kecil (sekitar 0.5 kWh) dan menyediakan bantuan kuasa elektrik paling sedikit. Sebuah MHEV tidak dapat dipacu dari posisi pegun menggunakan kuasa elektrik semata-mata. Motor elektriknya yang kecil hanyalah untuk membantu kereta bergerak ke hadapan setelah ia mula bergerak.

Apabila kereta sudah mula bergerak tanpa pacuan, motornya beroperasi secara bertentangan sebagai penjana (generator) untuk memulihkan tenaga yang sepatutnya terbuang sebagai haba.

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 03

Contoh MHEV jenis BSG, serupa dengan Proton X90. Lihat ‘starter motor’ masih diperlukan.

‘Mild hybrid’ juga dikenali sebagai MHEV, bagi EV ‘mild hybrid’. Kenderaan ini selalunya bergerak atas binaan elektrikal 48V (bateri 12V biasa masih dikekalkan), samada dengan ‘belt-driven starter motor-generator’ (BSG) yang dipasang di luar blok enjin bagi menggantikan ‘alternator’, ataupun integrated starter motor-generator (ISG) di dalam perumah transmisi kereta.

Tetapan ISG lebih moden daripada BSG kerana ISG tidak memerlukan ‘starter motor’ enjin berasingan.

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 04

‘Mild-hybrid’ kini menjadi fitur standard pada Mercedes-Benz C-Class, namun tak ramai pemilik yang menyedari hal ini kerana pemanduannya masih terasa seperti kereta biasa dengan fungsi ‘engine idle start-stop’. Bahagian berwarna biru itu ialah motor MHEV

Tapi, disebabkan bateri dan motornya adalah yang paling kecil, MHEV juga merupakan kaedah paling murah untuk mengurangkan penggunaan minyak dalam xEV.

Contoh yang ada termasuklah Honda IMA hybrid generasi awalan seperti Insight dan Jazz, berserta W206 Mercedes-Benz C-Class generasi terkini dan model Volvo berlencana B seperti Volvo XC60 B5.

Satu tangga di atas MHEV ialah ‘full hybrid’. Yang peliknya, ia tidak dipanggil FHEV, namun sekadar HEV, untuk EV hybrid.

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 05

Beberapa model ‘full hybrid’ seperti Toyota Corolla Cross mempunyai mode pemanduan EV, namun fungsi ini adalah untuk orang Jepun yang mahukan kereta senyap supaya boleh balik rumah lewat malam tanpa mengejutkan sesiapa. Hybrid berfungsi lebih bagus jika ia dibiarkan sebagai hybrid. Oleh itu, tak perlu paksa kereta hybrid untuk masuk mode EV

Perbezaan terbesar antara MHEV dan HEV adalah HEV ‘full hybrid’ boleh dipecut di lampu isyarat menggunakan kuasa elektrik semata-mata – bermaksud pengalaman pemanduannya dalam keadaan trafik urban berhenti-henti akan jadi jauh lebih lancar berbanding MHEV, dimana enjinnya akan sentiasa keluar-masuk setiap kali kenderaan berhenti atau bergerak.

Secara teorinya, HEV boleh dipandu dengan kuasa elektrik sahaja. Namun, dengan jarak pandu kurang 2 km, ia agak tak masuk akal. Tetapan pacuan elektrik sahaja adalah untuk memacu HEV berkenaan dari keadaan pegun/berhenti sepenuhnya - tempoh kitaran pemanduan dimana enjinnya paling tidak cekap dan penggunaan minyak adalah pada tahap tertinggi.

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 06

Tak semua hybrid sama. Corolla Cross Hybrid ialah ‘full hybrid’. Proton X90 ialah ‘mild hybrid’

Antara contoh-contoh ‘full hybrid’ termasuklah model Honda generasi terdahulu dengan Sport Hybrid i-DCD, model Honda e:HEV generasi terkini seperti City, HR-V dan Civic; dan pastinya, termasuk juga semua kereta hybrid Toyota dan Lexus termasuklah Corolla Cross Hybrid.

Jika anda tertanya-tanya tentang Nissan Serena S-Hybrid – perlu diingatkan ia sebenarnya bukan hybrid, ‘mild hybrid’ pun tidak. Tiada motor elektrik dalam transmisi MPV ini. S-Hybrid hanyalah sekadar ‘starter motor’ enjin yang tinggi sikit kuasanya, dan diberi lencana hybrid palsu. Bagaimanapun, Serena e-Power (boleh didapati di Singapura dan Jepun), ialah ‘full hybrid’ jenis siri yang sebenar.

Beralih ke tangga di atas HEV pula, kita sudah memasuki alam EV ‘plugged in hybrid’ atau PHEV. PHEV menghubungkan jurang antara hybrid biasa dengan EV berbateri elektrik penuh (BEV).

Sebuah PHEV ialah seperti HEV tapi dengan kapasiti bateri yang jauh lebih besar iaitu 20 – 30 kali lebih besar berbanding kapasiti bateri 1 kWh di dalam HEV biasa. Ia boleh dipandu seperti HEV biasa, tapi demi kesihatan bateri jangkamasa panjang dan untuk prestasi optimum, kereta ini perlu ‘plugged in’ dengan lebih kerap untuk dicas.

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 07

PHEV boleh dipandu tanpa dicas, tapi mengecasnya dengan kerap boleh menjaga kesihatan bateri

Antara contohnya termasuklah semua kereta hybrid BMW yang dijual masa kini serta model Volvo lencana T seperti XC90 T8.

Semua HEV dan PHEV dibahagikan samada antara:

  • ‘Series hybrid’ (Nissan e-Power, Honda IMA, hybrid Daihatsu/Perodua) – enjin tidak menggerakkan kereta, hanya sekadar penjana untuk mengecas bateri.
  • ‘Parallel hybrid’ (Honda Sport Hybrid i-DCD, semua PHEV Eropah) – enjin/motor elektrik menggerakkan kereta atau mengecas bateri, tapi bukannya serentak.
  • ‘Series-parallel hybrid’ (Honda i-MMD, semua hybrid Toyota) -  enjin/motor elektrik boleh menggerakkan kereta dan mengecas bateri secara serentak. Ini boleh dicapai kerana hybrid sebegini menggunakan dua motor elektrik – satu motor kecil untuk menghidupkan enjin atau mengecas bateri bervoltan tinggi, manakala yang satu lagi motor besar untuk menggerakkan kereta atau mengecas bateri bervoltan tinggi tersebut.

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 08

BEV pula bergerak dengan kuasa elektrik semata-mata, berbeza dengan PHEV yang tak boleh bergerak langsung jika anda tidak mengecasnya. Dengan ketiadaan enjin, BEV mempunyai kapasiti bateri yant besar iaitu sekitar 50 kWh dan ke atas.

Secara amnya, PHEV menggunakan soket pengecas AC yang sama seperti BEV supaya kedua-duanya boleh menggunakan infrastruktur pengecasan yang sama. PHEV tidak dapat menggunakan pengecas pantas DC yang digunakan BEV.

Terdapat satu lagi kategori xEV yang dipanggil ‘fuel cell electric vehicle’ (FCEV). FCEV juga elektrik sepenuhnya tapi berbeza dengan BEV dimana FCEV perlu isian semula hidrogen.

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 09

BEV menyimpan kuasanya di dalam bateri besar, manakala FCEV pula menjana kuasa elektriknya sendiri ketika bergerak dengan mencampurkan hidrogen bersama oksigen. Oleh itu, FCEV tidak memerlukan bateri yang besar; hanya bateri berkapasiti kira-kira 1 kWh seperti HEV untuk menyimpan kuasa elektrik yang dipulihkan daripada brek dan ‘coasting’.

Contoh untuk jenis ini termasuklah Hyundai Nexo, Toyota Mirai, BMW iX5 Hydrogen, serta beberapa trak berat keluaran Volvo dan Mercedes-Benz.

Secara amnya, FCEV tidak menyokong pengecasan ‘plugged in’, kecuali Mercedes-Benz GLC F-Cell.

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 10

Kenapa Proton X90 sekadar ‘mild hybrid’?

Jawapan ringkasnya ialah kereta penderma/asas X90 iaitu Geely Haoyue tidak ditawarkan sebagai HEV mahupun PHEV - hanya MHEV.

Sebab lainnya melibatkan kos. Semakin tinggi posisinya dalam hierarki xEV, semakin tinggi kosnya.

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 11

Harga Proton X90 masih belum diumumkan. Tapi, ia dianggarkan bermula dari sekitar RM 130k ++, jika harganya tidak bertindih dengan Proton X70 dimana variannya paling mahal berharga RM 128,800.

Juga baca: Spesifikasi Proton X90 tidak rasmi didedahkan, suka apa yang anda lihat?

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 12

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 13

Ruang dalaman Proton X90 flagship

Proton juga belum mendedahkan angka penjimatan minyak Proton X90, namun syarikat itu berkata tetapan MHEV-nya meningkatkan kecekapan minyak sehingga 15 peratus.

Enjin 1.5 liter berpengecas turbo 3 silinder Proton X90 yang dielektrifikasikan menjana 190 PS/300 Nm, memacu roda hadapan menerusi kotak gear automatik dwi-klac 7 kelajuan.

Proton X90, hybrid pertama P1 tapi jenis 'mild hybrid'... Apa perbezaan antara MHEV, HEV, PHEV? 14

SUV segmen D ini akan disediakan dalam tetapan samada 6 atau 7 tempat duduk. Tour kebangsaan akan bermula pada April, manakala pelancaran di pasaran dijangka akan bermula sekitar pertengahan 2023.

@wapcar_zamil Amacam, hensem ke tak? 😬 #learnontiktok #carmalaysia #reviewkereta #fypmalaysia #malaysia #tahukahanda #protonx90 #x90 #proton #wapcar ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Juga baca: Proton X90 terima skrin infohibur 12.3 inci terbesar TANPA Android Auto dan Apple Carplay, mengapa?

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia