Honda WR-V dikira sebagai pendatang baru dalam pasaran SUV bajet di Indonesia. Sehingga tahun lepas, pasaran SUV segmen A di sana didominasi oleh duo Toyota Raize/Daihatsu Rocky iaitu kembar kepada Perodua Ativa.
Namun demikian, semuanya berubah setelah Honda WR-V menembus pasaran pada November lalu. Penghantarannya pula bermula sebelum tahun 2022 menutup tirai.
Dalam masa 3 bulan sahaja, Honda WR-V di sana ada tunggakan tempahan sehingga 5,000 unit dan setakat Februari lepas, ia berjaya memegang sehingga 40% bahagian pasaran SUV segmen A.
Secara amnya, jualan WR-V untuk 2023 setakat Februari telah mencecah 2,936 unit. Angka ini lebih tinggi daripada jualan Toyota Raize (2,107 unit) dan Daihatsu Rocky (1,095 unit).
Dari segi teknikal, Honda WR-V menggunakan nadi 1.5L DOHC i-VTEC (121 PS, 145 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT. Enjin ini kiranya lebih berkuasa daripada unit 1.0L turbo 3-silinder yang diguna oleh duo Raize / Rocky (98 PS, 140 Nm).
Berkenaan aspek harga pula, WR-V ditawarkan dari 271.9 juta IDR (~RM 83k) untuk varian E hingga 309.9 juta IDR (~RM 94k) untuk varian RS yang ada Honda Sensing.
Sebagai konteks, harga duo Raize / Rocky yang paling mahal pun hanya 283 juta IDR (~RM 86k). Jadi, terbuktilah bahawa orang ramai sanggup membayar lebih untuk Honda WR-V.
Untuk makluman anda, Honda WR-V sudahpun dilancarkan di Thailand dan Malaysia pasti dalam giliran seterusnya.
Di Indonesia, harga WR-V lebih murah daripada kedua-dua City (bermula dari 373.9 juta IDR) dan City Hatchback (343.6 juta IDR).
Tetapi di Thailand, terbalik pula jadinya. Hal ini kerana WR-V di Thailand dijual secara model import (CBU) dari Indonesia. Jadi, ia tidak boleh mendapat insentif cukai Eco Car Phase 2 seperti yang diperoleh buat City dan City Hatchback.
Apapun, kalau ikut logik, kereta segmen A sepatutnya berharga lebih rendah daripada segmen B.
Untuk pengetahuan anda, Perodua membayar cukai eksais hampir sifar kerana kandungan lokalnya mencecah 98%. Malah, aktiviti R&D lokal yang dibuat juga begitu aktif. Jadi, mampukah Honda Malaysia melancarkan WR-V dengan harga lebih murah daripada City? Sama-samalah kita lihat nanti.
Juga baca: Spyshot: Honda WR-V sudah dipandu uji di Malaysia, pesaing Ativa bakal menyusul!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}