window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Touch N Go akan terus beroperasi, sistem pembayaran tol terbuka bukan hukuman

Haris · Mar 24, 2023 11:59 AM

Touch N Go akan terus beroperasi, sistem pembayaran tol terbuka bukan hukuman 01

Tiga kementerian akan berbincang dan berganding bahu dalam rancangan mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka di lebuh raya dalam negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kementeriannya (KPDN) telah bersetuju mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meluaskan sistem pembayaran terbuka kepada Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Touch N Go akan terus beroperasi, sistem pembayaran tol terbuka bukan hukuman 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Libat urus ini berterusan, terutamanya dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya semua lebuh raya menggunakan sistem terbuka, dengan itu cara pembayaran biasa seperti kad debit dan kredit boleh juga digunakan," katanya dalam satu sidang media.

Katanya beliau menerima maklumat bahawa sudah ada pemain industri sedia menawarkan sistem berkenaan, yang akan membolehkan pengguna lebuh raya memilih sistem pembayaran semasa di lebuh raya nanti.

Touch N Go akan terus beroperasi, sistem pembayaran tol terbuka bukan hukuman 01

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata lebuh raya yang akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya September ini ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

Baca: Mekanisme bayaran tol tanpa henti baharu akan dilaksanakan, satu lagi projek mega menyusul?

Touch N Go akan terus beroperasi, sistem pembayaran tol terbuka bukan hukuman 02

Sementara itu, menyentuh isu monopoli Touch N Go dalam pengangkutan dan jalan raya, Salahuddin berkata usaha mengintegrasi sistem pembayaran terbuka itu bukan bermakna kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan.

"Perkara ini perlu jelas, bahawa kita tidak ambil tindakan terhadap Touch N Go, mereka boleh terus beroperasi. Kerajaan tidak zalim menghentikan terus operasi mereka," katanya. - Bernama

Baca: Ini 5 tol lebuhraya tawar bayaran guna kad debit, kredit selewat-lewatnya September 2023

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda