Sejarah Honda Accord: Kejayaan yang menerajui pasaran Honda di dunia

Sebelum era 70-an, Honda pernah mempertimbangkan untuk mengundur diri daripada dunia automotif kerana permintaan tidak memberangsangkan. Malah mereka berhasrat untuk mengutamakan pengeluaran motorsikal sahaja.

Pada masa yang sama, mereka mengambil peluang terakhir dengan memperkenalkan Honda Civic pada tahun 1972. Menariknya, Honda Civic telah melonjakkan jualan Honda di beberapa pasaran yang berpengaruh.

Oleh itu, Honda mengambil keputusan untuk memperkenalkan model baharu yang beraspirasikan Honda Civic tetapi dengan pakej yang lebih besar. Maka terciptalah Honda Accord pada tahun 1976 yang dibina dengan falsafah “Space, Driving Comfort and Style”.

Generasi pertama (SJ-SM, 1976-1981)

Honda Accord generasi pertama agak berlainan dengan apa yang kita lihat sekarang. Sewaktu dilancarkan, ia didatangkan dengan reka bentuk hatchback 2-pintu yang hanya berukuran panjang sebanyak 4,100 mm.

Sebagai perbandingan, Honda Jazz mempunyai ukuran panjang sebanyak 3,995 mm. Honda Jazz juga memiliki kelebihan dari segi kuasa dimana Honda Accord pada permulaan hanya memiliki 80 PS dan 125 Nm tork yang dihasilkan oleh enjin 1.6L 4-silinder. Ternyata “humble beginnings” yang sering disinonimkan oleh Honda Accord adalah benar.

Pengeluaran Honda Accord tepat pada masanya kerana dunia sedang menghadapi krisis minyak. Ketika itu, pengguna lebih tertarik akan kereta yang menjimatkan minyak tetapi masih memiliki ruang yang ruas. Sambutan yang memberangsangkan menggalakkan Honda untuk memperkenalkan versi 4-pintu pada tahun 1979.

Teknologi dan inovasi:

  • Enjin 1.6L CVCC SOHC 8 injap
  • Enjin 1.8L (1978)
  • Transmisi Hondamatic dengan overdrive
  • Stereng kuasa mengikut kelajuan

Generasi kedua (AD, 1981-1985)

Honda tidak mahu mengubah resepi yang telah terbukti berkesan pada generasi pertama. Dikeluarkan pada tahun 1981, Honda Accord menyaksikan peningkatan dari segi saiz dan rupa paras yang lebih berlekuk walaupun masih kelihatan bersegi empat.

Dengan saiz yang lebih besar dan berat yang bertambah, enjin 1.8L yang menggunakan karburetor ditingkatkan kepada 108 PS dan 141 Nm tork manakala pengenalan jenis suntikan bahan api (fuel injection) pula menghasilkan sehingga 130 PS.

Honda Accord generasi ini turut memperkenalkan sistem navigasi berdasarkan elektro-giroskop. Selain itu, suspensi udara diperkenalkan sebagai kos tambahan tetapi ia hanya khusus untuk pasaran Jepun.

Untuk maklumat anda, Honda accord generasi ini telah menjadi kereta Jepun yang paling laris di Amerika (rekod yang bertakhta selama 15 tahun sehingga tahun 1996). DI Eropah pula, Honda Accord generasi ini telah merangkul anugerah 1983 European Car of the Year.

Teknologi dan inovasi:

  • Enjin 1.6 dan 1.8L CVCC-II SOHC 12 injap
  • Transmisi automatik 4-kelajuan
  • Kawalan pelayaran (cruise control)
  • Sistem navigasi elektronik
  • Suspensi udara
  • Penyerap hentakan 3-dimensi di belakang (pertama di dunia)
  • Suntikan bahan api (fuel injection)

Generasi ketiga (CA, 1985-1989)

Honda Accord generasi ini memperlihatkan perubahan yang drastik dari segi reka bentuk dimana ia lebih bersudut dan kelihatan lebih premium. Pada bahagian hadapan, ia memiliki lampu yang boleh disembunyikan dimana ia kelihatan seperti kereta sport. Dari segi enjin, kebanyakannya telah menerima suntikan fuel injection.

Untuk meningkatkan keselesaan dan pengendalian, ia didatangkan dengan sususan suspensi “double wishbone” di hadapan dan belakang (pertama di dunia untuk kereta pacuan roda hadapan). Selain itu, enjin 2.0L didatangkan pertama kali pada Honda Accord. Ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) turut diperkenalkan. Sehubungan dengan itu, Honda Accord telah dianugerahkan 1985 dan 1986 Japan Car of the Year.

Di samping itu, generasi ini turut memperkenalkan Accord Aerodeck dimana ia menampilkan badan hatchback 3-pintu dengan rupa paras “shooting brake”. Reka bentuk ini menambah ciri praktikal dimana kerusi belakang turut boleh dilipat. Sambutan Accord Aerodeck amat menggalakkan terutama di United Kingdom.

Pasaran Amerika pula lebih meminati jenis Coupe dimana ia pertama kali diperkenalkan dalam barisan Honda Accord pada tahun 1988. Menariknya, ia hanya dibina di Amerika. Oleh yang demikian, pasaran Jepun sendiri harus mengimport model ini dari Amerika.

Teknologi dan inovasi:

  • Enjin 2.0L 16 injap
  • Suspensi “double wishbone” di hadapan dan belakang
  • Brek anti-kunci (ABS)
  • Lampu hadapan yang boleh disembunyikan

Generasi keempat (CB, 1989-1994)

Dengan perubahan drastik dari segi rupa paras pada generasi sebelumnya, Honda kali ini lebih konservatif dimana reka bentuk Honda Accord diinspirasikan oleh abang sulungnya iaitu Honda Legend. Reka bentuk bumbung kini lebih menegak dan lampu hadapan yang boleh disembunyikan telah ditukar kepada lampu konvensional yang bersegi empat tepat.

Dari segi enjin, ia didatangkan dengan siri F22 yang serba baru dimana ia memiliki 16 injap. Pada masa yang sama, sistem stereng kuasa dan penyerap enjin telah menerima pengubahsuaian dimana ia kini dikawal oleh elektronik.

Selain itu, versi wagon diperkenalkan untuk pengguna yang lebih mengutamakan ciri praktikal. Sepanjang pengeluaran generasi ini, Honda telah menambah beberapa kelengkapan yang dikatakan mewah ketika itu seperti kerusi kulit, kawalan elektronik untuk pelarasan kerusi, dan pemain CD.

Teknologi dan inovasi:

  • Enjin 2.2L 16 injap dengan 2 pengimbang dalaman
  • Pengedap enjin jenis elektronik (Active Engine Mounts)
  • Kawalan stereng untuk roda hadapan dan belakang
  • Beg udara pemandu

Generasi kelima (CD, 1994-1998)

Honda Accord kali ini menyaksikan rupa paras yang lebih moden. Ia lebih rendah dan lebar bagi mengutamakan ruang bahu dan posisi kedudukan badan yang ideal. Rupa paras ini diinspirasikan oleh Honda Civic EG ketika itu dimana ia memperlihatkan bonet hadapan yang rendah serta but belakang yang tinggi. Teknologi VTEC turut diperkenalkan pada Honda Accord buat pertama kali.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan Honda Accord yang pertama dipasang di Philippines. Hal ini berikutan kerana Honda ingin bersaing dengan Mitsubishi Galant, Nissan Altima, dan Toyota Corona. Oleh itu, ia didatangkan dengan enjin 2.2L yang mempunyai 140 PS dan 193 Nm tork.

Pada tahun 1995, pasaran Amerika menerima enjin 2.7L V6 daripada Honda Legend untuk mengekalkan persaingan. Honda Accord generasi ini telah merangkul anugerah 1993 dan 1994 Japan Car of the Year dan 1994 Motor Trend Import Car of the Year di Amerika.

Teknologi utama:

  • Enjin 2.2L VTEC
  • Enjin 2.2L DOHC VTEC
  • Enjin 2.0L 16 injap (pasaran Eropah)
  • Enjin 2.7L V6 24 injap (pasaran Amerika)
  • Transmisi Prismatic-II automatik 4-kelajuan dengan Grade Logic Control
  • Beg udara pemandu dan penumpang
  • Kawalan cengkaman (Traction Control) serta limited-slip differential

Generasi keenam (CG, 1998-2003)

Sedan segmen D telah berkembang dari segi saiz. Pasaran ASEAN seperti Philippines telah menyaksikan pengeluaran Toyota Camry yang menggantikan Toyota Corona. Dengan itu, Honda menghasilkan 3 versi yang berlainan untuk menyesuaikan Accord dalam pasaran yang berbeza seperti di Eropah, US/ASEAN, dan Jepun.

Di Malaysia, varian VTI didatangkan dengan enjin F20 2.0L VTEC manakala varian VTI-L didatangkan dengan enjin F23 2.3L VTEC. Tidak lama kemudian, hanya enjin 2.3L digunakan. Untuk maklumat anda, enjin 3.0 liter V6 turut digunakan di beberapa pasaran yang memiliki persaingan yang tinggi.

Teknologi dan inovasi:

  • Enjin 1.8L VTEC
  • Enjin 2.0L DOHC VTEC
  • Enjin 2.0L VTEC LEV (Low-Emission Vehicle)
  • Enjin 2.3L VTEC
  • Enjin 3.0L V6 (pasaran Amerika)
  • Transmisi automatik 4-kelajuan dengan mod manual
  • Stereng kuasa elektrik (EPS) + nisbah adaptif (Variable Steering Gear Ratio)
  • Kawalan kestabilan (VSA)
  • Suspensi “double wishbone 5 link” di belakang
  • Sistem pemantuan perhatian pemandu

Generasi ketujuh (CM, 2003-2007)

Honda Accord generasi ini menerima pelbagai kawalan elektronik dimana ia selaras dengan pembangunan teknologi yang semakin pesat. Dari segi reka bentuk, ia menerapkan sudut yang lebih halus dan bahagian belakang yang unik dan moden.

Bahagian kabin juga menerima reka bentuk yang lebih menarik dan moden. Ia turut mempunyai kawalan audio di bahagian stereng.

Selain kelengkapan yang cukup premium, Honda Accord generasi ini turut didatangkan dengan teknologi DOHC i-VTEC pada enjin 2.0L dan 2.4L, serta enjin 3.0L V6 yang dikemaskini untuk menghasilkan 240 PS dan 286 Nm tork.

Selain itu, varian hibrid diperkenalkan pertama kali dalam keluarga Honda Accord pada tahun 2005 untuk mengekalkan sifat mesra alam untuk pasaran Amerika. Di samping itu, Honda Accord juga didatangkan dengan enjin diesel buat kali pertama dimana ia khusus untuk pasaran Eropah.

Pada masa yang sama, Honda Accord generasi ini merupakan kereta pertama di Eropah yang memiliki ciri bantuan keselamatan Lane Keeping Assist. 

Teknologi dan inovasi:

  • Enjin 2.0L DOHC i-VTEC
  • Enjin 2.4L DOHC i-VTEC
  • Enjin 3.0L V6 VTEC (pasaran Amerika)
  • Accord Hybrid (pasaran Amerika): Enjin 3.0L V6 i-VTEC dengan Variable Cylinder Management (VCM) dan Integrated Motor Assist (IMA)
  • Enjin diesel 2.2L i-CTDi 4-silinder (pasaran Eropah)
  • Transmisi automatik 5-kelajuan
  • Sistem kawalan pendikit secara elektronik (drive-by-wire)
  • Kawalan gelincir (Side Slip Control)
  • Sistem bantuan pemandu Lane Keeping Assist (pasaran Eropah)

Generasi kelapan (CP, 2007-2013)

Honda Accord generasi ini mengalami peningkatan saiz yang begitu ketara. Dengan berukuran panjang hampir 5 meter, ini merupakan Honda Accord yang paling terbesar pernah dihasilkan.

Ia juga menerima perkembangan enjin yang ketara seperti enjin 3.5L V6 yang mempunyai Variable Cylinder Management (VCM) dimana ia boleh menutup separuh daripada operasi enjin apabila tidak diperlukan lantas menjimatkan minyak. Kuasa sebanyak 272 PS dan 336 Nm tork menjadikan ia sebagai Honda Accord yang paling berkuasa pernah dihasilkan. Walaupun dengan saiz dan kuasa sebesar ini, ia masih mengekalkan pengendalian yang kemas.

Teknologi dan inovasi:

  • Enjin 3.5L V6 SOHC i-VTEC dengan Variable Cylinder Management (VCM)
  • Sistem stereng Motion Adaptive EPS
  • 6 beg udara termasuk di sisi

Proton Accordana

Proton Perdana untuk kegunaan kerajaan

Menariknya, Proton Perdana generasi kedua dibina berdasarkan Honda Accord generasi ini. Ia turut memiliki tren kuasa yang sama.

Untuk orang ramai, mereka boleh memiliki Proton Perdana dengan reka bentuk luaran yang lebih unik.

Pada bahagian belakang pula, ia menerima reka bentuk "fastback" yang turut dimiliki oleh Honda Accord generasi kesepuluh.

Generasi kesembilan (CR, 2014-2018)

Honda Accord generasi ini memperlihatkan pengurangan dari segi saiz kerana beberapa pengguna berpendapat bahawa generasi sebelumnya agak sukar untuk dikemudikan. Namun demikian, jurutera Honda berupaya mengekalkan keluasan dan ruang di dalam kabin.

Selain itu, berat keseluruan telah dikurangkan untuk meningkatkan pecutan dan penjimatan minyak. Dari segi tren kuasa, ia didatangkan dengan enjin Earth Dreams melalui kapasiti 2.4L dan 3.5L V6. Enjin ini memiliki suntikan terus (direct injection). Di Malaysia, siri baharu ini hanya didatangkan dengan enjin 2.4L dengan tetapan fuel injection.

Hal ini berikutan kerana kualiti bahan api tempatan ketika itu tidak bersesuaian dengan enjin jenis direct injection. Buat pertama kalinya, Honda Accord memiliki sistem infotainment. Sistem ini didatangkan dengan i-MID (Multi-info Display) dengan ciri Bluetooth dan penyambungan USB. Dari segi keselamatan, ia turut didatangkan dengan sistem bantuan pemandu yang lebih menyeluruh.

Teknologi dan inovasi:

  • Enjin Earth Dreams 2.4L DOHC i-VTEC dan 3.5L SOHC i-VTEC
  • Enjin 2.0L Sport Hybrid i-MMD
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Sistem pemantauan titik buta (Honda LaneWatch)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Suspensi Multi-link di belakang
  • Sistem pengedap bunyi (Active Noise Cancellation)
  • Bantuan permulaan di cerun (Hill Hold Assist)

Generasi kesepuluh (CV, 2018-kini)

Honda Accord generasi terkini memperlihatkan falsafah yang berbeza setelah tumpuan pasaran beralih kepada kenderaan jenis SUV. Oleh itu, Honda menumpukan kepada ideologi yang lebih sporty dan bergaya. Ia menerima reka bentuk “fastback” yang memberikan imej yang lebih berani dan menyerlah.

Selain itu, enjin turbo diperkenalkan bagi mengekalkan saingan dari segi prestasi dan penjimatan minyak. Di samping itu, sistem keselamatan telah dikemaskini untuk berada dalam satu naungan yang dikenali sebagai Honda Sensing.

Teknologi dan inovasi:

  • Enjin 1.5L VTEC TURBO dengan transmisi CVT
  • Enjin 2.0L VTEC TURBO dengan transmisi automatik 10-kelajuan
  • Sistem bantuan keselamatan (Honda Sensing)
  • Sokongan Android Auto dan Apple CarPlay
  • Paparan kluster instrumen digital

Setelah lebih dari 40 tahun berada dalam pasaran automotif, Honda Accord telah menerajui jenama Honda ke pasaran global. Dengan jualan sebanyak jutaan unit sejak diperkenalkan pada tahun 70-an, Honda Accord semestinya sebuah ikon yang cukup disegani dalam arena automotif. Dengan perubahan pasaran ke arah SUV, hanya masa yang dapat menentukan warisan kejayaan Honda Accord pada era yang seterusnya.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda Accord

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Honda Accord 1.5 TC-P is the BEST CAR on WapCar Ratings, What Makes it So Great?!

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Honda Accord 1.5 TC-P vs. Toyota Camry 2.5V Comparison Review, Which is The Better Boss Car?

All-new 2020 Honda Accord 1.5 Turbo Closer Look, Most Powerful D-Segment!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

Itโ€™s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, itโ€™s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editorโ€™s Choice Award 2022-2023 for โ€˜Pick-up Truck of the Yearโ€™ for the Ranger and โ€˜Car of the Yearโ€™ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant thatโ€™s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. Thatโ€™s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. โ€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda Accord
Cek Lebih