Selepas sebulan dirasmikan di India, kelibat Honda City 2023 facelift nampaknya telah mula berlegar di Malaysia.
Bagi anda yang belum tahu, ia merupakan model keempat yang bakal Honda Malaysia lancarkan tahun ini dan ia pasti akan menjadi pencabar yang lebih mantap untuk Toyota Vios.
Gambar yang anda lihat ini adalah dari Mayr Naru dan seperti yang boleh diteliti, terdapat samaran pada bampar belakang dan roda. Petunjuk ini sekaligus memberitahu akan apa yang berbeza pada model facelift nanti. Bahagian depan pula tidak dapat dilihat tetapi ia sepatutnya sama dengan model di India.
Bercakap mengenai model facelift, ADAS Honda Sensing buat City RS e:HEV di India diperbaharui dengan ciri Low-Speed Follow.
Apapun, untuk spesifikasi atau pembaharuan yang lebih tepat buat pasaran Malaysia, kita perlu tunggu pelancaran dari Thailand dahulu.
Dari segi trenkuasa, enjin pada Honda City facelift kekal menggunakan nadi 1.5L NA (121 PS, 145 Nm) dan nadi hibrid e:HEV (kuasa motor elektrik sebanyak 109 PS, 253 Nm).
Secara amnya, Honda City di Malaysia ditawarkan melalui 5 varian dengan harga seperti di bawah:
Juga baca: Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}