Honda
Pls, 2020 Honda Accord vs 2020 Civic,which is the better drive?
0
Sebuah kereta peronda jenis Honda Civic MPV (mobile patrol vehicle) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) telah dicuri oleh seorang lelaki yang bertindak berani. Honda Civic 1.8S milik PDRM tersebut baru sahaja diterima beberapa bulan lepas dan mudah dikenali orang awam.
Suspek dikatakan menyamar menjadi anggota polis dengan berpura-pura mahu memeriksa kenderaan MPV berkenaan. Kejadian disedari pada jam 9.40 malam dan gerakan memburu telah dilakukan oleh pihak PDRM.
Pada jam 2 pagi, 2 suspek yang berada dalam Honda Civic MPV tersebut telah dikesan di Seksyen 9 Shah Alam, Selangor. Pihak polis berjaya memberkas kedua-dua suspek yang dikatakan sepasang kekasih.
Dua suspek membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun dan seorang wanita berusia 20-an itu berjaya diberkas polis di lokasi kejadian.
Beberapa jam kemudian, polis menahan suspek utama seorang lelaki berumur 28 tahun yang merupakan adik kepada suspek lelaki yang berumur 38 tahun.
Difahamkan juga, suspek utama kemudiannya mengambil teman wanitanya di Tasek Gelugor dan didakwa mahu menunjuk kehebatannya melakukan jenayah itu.
Mereka turut didakwa merancang untuk menyamun sebuah kedai runcit sebelum ke Shah Alam.
Dua beradik mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 kanun sama.
Sumber: Harian Metro
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
11