Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus?

Proton bermula daripada asas yang dibekalkan oleh Mitsubishi. Oleh yang demikian, agak menyegarkan apabila selepas kehadiran Proton Waja, Proton Gen 2 dan Proton Saga (generasi kedua), Proton kembali merujuk bersama Mitsubishi demi kelangsungan hidup dalam industri automotif yang mencabar.

Foto dari NST oleh Abdullah Yusof

Hasil daripada gandingan ini, Proton memperolehi ‘lesen’ untuk membangunkan sebuah lagi model berasaskan model Mitsubishi. Sudah tentu, Proton memilih model paling hangat zaman itu, Mitsubishi Lancer melalui Mitsubishi Lancer GS untuk memenuhi keinginan golongan muda yang inginkan sebuah sedan sporty.

Tagline promosi: Smart Guys Get It

10 tahun selepas pelancarannya, Proton Inspira masih lagi mendapat tempat dan sambutan baik oleh peminat kereta berjiwa kelajuan. Boleh didapati dalam julat harga bermula RM 20,000, baik beli Proton Inspira terpakai atau langkau terus beli Mitsubishi Lancer terpakai?

Generasi Proton Inspira

Pilihan PDRM

Berikut adalah generasi Proton Inspira sepanjang dilancarkan pada tahun 2010 hingga tamat pengeluaran pada tahun 2015:

Berdasarkan daripada rajah di atas, Proton Inspira mempunyai jangka hayat yang agak pendek. Hal ini kerana, sudah tiba masanya untuk Mitsubishi Lancer GT (kereta asal) yang telah berada di Malaysia sejak 2007 dihentikan pengeluaran.

Sebelum tamat pengeluaran, Proton Inspira 2.0 Super Premium ditawarkan dengan harga melepasi paras RM 100k. Model ini, seperti kebiasaan Proton pada ketika itu, hanyalah sebuah tambahan kosmetik sahaja.

Proton Inspira R3 pula, walaupun mempunyai lambang R3, tidak mendapat sambutan yang hangat seperti model R3 yang lain. Baca alasannya di sini.

Masalah Proton Inspira

Perkara pertama yang perlu ditegaskan, Proton Inspira adalah sebuah Mitsubishi Lancer GT dengan talaan Proton Ride & Handling pada sistem suspensi. Enjin dan casis yang sama dikongsi antara kedua-dua pengeluar oleh itu, kurang masalah yang dihadapi secara umum.

Walaubagaimanapun, tiada kereta yang sempurna. Antara masalah yang ditimbulkan adalah masalah sistem suspensi (bump stopper, shock absorber), masalah fit and finish seperti gegaran dan bunyi kabin yang agak bising akibat daripada kualiti binaan atau pemasangan.

2 tarik balik produk telah dilakukan pada tahun 2015 tentang masalah drive belt pulley manakala tahun 2016 pula mengenai masalah lampu signal. Pastikan pemilik lama telah menguruskan masalah tersebut dengan pusat servis Proton rasmi.

Jangkakan juga masalah wear and tear untuk kereta terpakai yang perlu anda hadapi. Anggaran harga kos penyelenggaraan masalah berkenaan wear and tear agak tinggi jika anda memilih untuk menggunakan alat ganti Mitsubishi dari Jepun.

Kos penyelenggaraan Proton Inspira

Gambar dari G Car Care

Proton Inspira menggunakan transmisi CVT tetapi bukan Punch CVT yang ‘terkenal’ tu. Jika kereta yang anda beli mempunyai sedikit masalah tersengguk-sengguk, mungkin anda perlu melakukan pemeriksaan kotak gear. Sedikit sebanyak mengenai transmisi CVT daripada Mitsubishi ini adalah:

  • Minyak CVT ditukar pada jarak tempuh 100,000 km (saranan Proton). Lebih baik dilakukan lebih awal.

  • Memerlukan sebanyak 6 liter. Satu tong minyak ATF adalah sebanyak 4 liter pada harga RM 180 - RM 200 mengikut tempat

  • Harga V-Belt + Tensioner original mencecah RM 850 ke paras RM 1,000

  • Kesemua harga yang disebutkan tidak termasuk upah

Jika berlaku sebarang kerosakan pada transmisi CVT, kos overhaul boleh mencecah sehingga RM 14,000. Untuk penukaran kotak gear secara keseluruhan pula, harganya mencecah sehingga RM 24,000. Kedua-duanya harga adalah yang disebut oleh Mitsubishi.

Jika anda mempunyai mekanik yang berpengalaman, kos tersebut boleh berkurang separuh mengikut budi bicara bengkel.

Bagi varian manual, antara masalah yang selalu dikemukakan adalah masalah clutch pump bocor. Anggaran kos untuk membaiki masalah ini agak mahal dengan ada sebut harga yang melepasi paras RM 1,000.

Penggunaan tayar juga sedikit lebih mahal jika anda memilih model yang lebih terkini kerana menggunakan rim 17 inci. Anggaran kos tayar adalah sebanyak RM 380 ke atas. Baca panduan mengenai tayar di sini.

Harga Proton Inspira terpakai

Proton Inspira generasi pertama tahun 2010 boleh didapati dalam lingkungan harga bermula RM 20,000 ke atas. Harga paling tinggi yang boleh ditemui adalah sehingga RM 45,000 untuk model sekitar tahun 2014 - 2015.

Sebenarnya, agak sukar untuk menemui Proton Inspira terpakai kerana model ini agak kurang karenahnya berbanding model Proton lain. Walaupun terdapat beberapa pemilik yang kurang bernasib baik, agak jarang untuk menemui sebuah Proton Inspira pada harga terpakai yang setimpal.

Kesimpulan

Sumber: Proton Inspira Owners Club Northern Region

Walaupun dilancarkan 2 tahun lebih awal berbanding Proton Preve, Proton Inspira mampu mengekalkan harga jualan terpakai yang agak tinggi. Dalam banyak-banyak model Proton yang diulas, model ini sememangnya masih menjadi permintaan ramai.

Sebagai sebuah sedan segmen C, rebadge dari jenama terkemuka dengan enjin bersesaran 1.8 liter dan 2.0 liter, kos penyelenggaraan dan penukaran alat ganti yang tinggi adalah dijangkakan.

Model yang disarankan, mengejutkan, adalah model Proton Inspira CVT. Jika anda mengharapkan Proton Inspira manual, rujuk masalah clutch pump yang kami kemukakan sebentar tadi. Tetapi kalau anda peminat 3 pedal tegar, apa salahnya?

Proton Inspira merupakan sebuah pembelian yang berbaloi tetapi anda digalakkan untuk memandu uji terlebih dahulu. Hal ini kerana masalah-masalah yang dihadapi adalah berkisarkan masalah kualiti binaan dan penggunaan kelengkapan dan pemasangan tempatan berbanding masalah teknikal dan mekanikal.

Jika anda berminat dengan model Proton yang lebih kecil, baca panduan Proton Preve terpakai kami di sini.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Corolla Cross

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model