window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki ZX-10RR 2016 terpakai ini dijual pada harga RM 230,044. Kenapa mahal sangat?

Khairil · Jun 16, 2021 01:00 PM

Kawasaki ZX-10RR 2016 terpakai ini dijual pada harga RM 230,044. Kenapa mahal sangat? 01

Dijual pada tanda harga € 46,100 (RM 230,044). Itulah harga premium yang dibayar seseorang untuk mendapatkan sebuah jentera Kawasaki ZX-10RR keluaran tahun 2016 terpakai yang dijual di laman e-dagang, eBay.

Juga baca: Kawasaki ZX-10R milik juara dunia WSBK dijual atas talian!

Begitupun, jangan salah sangka, harga tinggi berkenaan sememangnya sepadan dengan status jentera berprestasi itu kerana ia adalah milik juara enam kali Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Jonathan Rea.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki ZX-10RR 2016 terpakai ini dijual pada harga RM 230,044. Kenapa mahal sangat? 01

Sebagai juara dunia, Rea yang juga pelumba kelahiran Britain pastinya mempunyai deretan koleksi motosikal unik dan pada akhirnya, dia membuat keputusan untuk menjual salah satu jentera kegemarannya.

Kawasaki ZX-10RR 2016 terpakai ini dijual pada harga RM 230,044. Kenapa mahal sangat? 02

Selain itu, jualan berkenaan adalah untuk mengumpul dana bagi tujuan amal.

Juga baca: Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris!

Dikatakan berada dalam keadaan terbaik, jualan berkenaan diuruskan oleh Provec Racing, syarikat yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Rea.

Kawasaki ZX-10RR 2016 terpakai ini dijual pada harga RM 230,044. Kenapa mahal sangat? 03

Harga permulaan untuk bidaan motosikal berkenaan adalah pada harga € 25,000 (RM 125,883) namun ia meningkat hampir sekali ganda berikutan ia pernah menjadi milik Rea.

Kawasaki ZX-10RR 2016 terpakai ini dijual pada harga RM 230,044. Kenapa mahal sangat? 04

Seperti yang dinyatakan, tidak seperti Kawasaki ZX-10RR standard, jentera milik Rea ini mendapat talaan dan ditambah dengan pelbagai 'jajan' yang menarik.

Kawasaki ZX-10RR 2016 terpakai ini dijual pada harga RM 230,044. Kenapa mahal sangat? 05

Tidak diketahui siapa yang berjaya memenangi bidaan berkenaan namun pemilik terbaharunya bukan saja mendapat sebuah jentera hebat, namun beberapa perkakasan istimewa lain termasuk helmet selain pas Ultra VIP untuk ke perlumbaan WSBK.

Juga baca: Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia!

Kawasaki ZX-10RR 2016 terpakai ini dijual pada harga RM 230,044. Kenapa mahal sangat? 06

Dan lebih utama, anda juga akan berpeluang untuk bertentang mata, berborak dengan juara dunia itu sendiri.

Kawasaki ZX-10RR 2016 terpakai ini dijual pada harga RM 230,044. Kenapa mahal sangat? 07

Ketika ini, Rea sedang memimpin carta WSBK musim 2021 selepas tiga pusingan kejuaraan.

Apapun, tahniah kepada pembeli. Anda memang hebat!

Sumber imej: Facebook Jonathan Rea

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda