window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada app GoCar? Kini anda boleh tempah ChargeEV untuk kereta elektrik GoCar anda!

Mersita ยท Aug 9, 2022 06:00 PM

Ada app GoCar? Kini anda boleh tempah ChargeEV untuk kereta elektrik GoCar anda! 01

GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan hari ini mengumumkan kolaborasi dengan Green EV Charge. Kerjasama ini bakal meningkatkan kemudahan pengecasan EV di seluruh negara dengan mengintegrasikan platform mudah alih chargEV dengan aplikasi GoCar.

Kerjasama itu membolehkan ahli GoCar dan pengguna EV lain mendapatkan akses lebih mudah dan ketersambungan lebih baik ke atas semua stesen chargEV secara langsung daripada aplikasi GoCar tanpa perlu menukar platform. chargEV merupakan rangkaian pengecasan EV terbesar di Malaysia dengan lebih 400 stesen di seluruh negara.

Ada app GoCar? Kini anda boleh tempah ChargeEV untuk kereta elektrik GoCar anda! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Fasa pertama integrasi itu akan membolehkan pengguna aplikasi GoCar untuk melihat lokasi, kebolehdapatan dan jenis pengecas dalam rangkaian chargEV. Penambahbaikan pada fasa seterusnya adalah integrasi seperti pra-tempahan pengecas EV, menjadualkan pengecasan, membuat pembayaran dan memantau proses mengecas.

Kolaborasi dengan Green EV Charge merupakan usaha terkini GoCar untuk mengembangkan akses pengalaman EV kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Syarikat baru-baru ini bekerjasama dengan EV Connection untuk menawarkan pengguna aplikasi GoCar kepada lebih banyak stesen pengecasan dalam rangkaian JomCharge.

Ada app GoCar? Kini anda boleh tempah ChargeEV untuk kereta elektrik GoCar anda! 01

Syarikat juga telah mengembangkan perkongsian serta langganan GoEV yang kini merangkumi model-model seperti Nissan Leaf, Hyundai Kona E-Max dan E-Lite. Ia mensasarkan untuk menambahnya kepada lebih 100 unit EV menjelang tahun 2022. 

Menerusi GoEV, ahli GoCar boleh merasai pengalaman memandu sebuah EV selama sejam, sehari atau sebulan, malah setahun hingga tiga tahun. Berdasarkan kepada data yang dikumpul hingga ke hari ini, daripada 1,000 pengguna GoEV yang telah mencatat perjalanan lebih 500,000km, 90 peratus merupakan pengguna EV kali pertama. 

Ada app GoCar? Kini anda boleh tempah ChargeEV untuk kereta elektrik GoCar anda! 02

“Integrasi dengan JomCharge dan kini chargEV akan menawarkan akses yang lebih baik. Melalui aplikasi mudah alih GoCar, sesiapa sahaja pengguna EV, bukan sekadar ahli GoCar boleh berhubung dengan kedua-dua rangkaian ini untuk keperluan pengecasan EV mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.

Kerja-kerja telah dijalankan untuk menaik taraf dan memodenkan rangkaian, perkhidmatan serta sistem sokongan chargEV, selari dengan misi mempercepatkan penyediaan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia.

Ada app GoCar? Kini anda boleh tempah ChargeEV untuk kereta elektrik GoCar anda! 03

Pelanggan boleh melihat lokasi, kebolehdapatan dan maklumat jenis penyambung pengecas, selain mendapatkan arahan penggunaan pada masa sebenar. Syarikat telah menambah baik pengalaman khidmat pelanggan dan akses pantas kepada hotline sokongan melalui aplikasi mudah alih chargEV.

Aplikasi itu kini menawarkan lebih fleksibiliti dengan pilihan langganan dan bayaran mengikut penggunaan bagi memenuhi keperluan pelanggan, selain menawarkan akses lebih baik kepada semula kenderaan elektrik. 

Ada app GoCar? Kini anda boleh tempah ChargeEV untuk kereta elektrik GoCar anda! 04

Juga baca: Cuti sekolah tak lama lagi, GoCar tawar diskaun istimewa 30 peratus untuk percutian anda!

Untuk mendaftar keahlian GoCar dan menikmati pengalaman memandu sebuah EV yang senyap, bersih serta berkuasa, muat turun aplikasi mudah alih GoCar di sini.

Maklumat lanjut mengenai GoCar, sila layari laman web https://hi.gocar.my atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter e GoCar Malaysia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda