window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aksi perlumbaan Cub Prix Malaysia 2020 kembali bersambung. Empat pusingan di SIC

Khairil ยท Dec 16, 2020 09:00 PM

Aksi perlumbaan Cub Prix Malaysia 2020 kembali bersambung. Empat pusingan di SIC 01

Selepas penganjurannya tertangguh sejak Oktober lalu, perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 kembali bersambung, bermula minggu ini susulan 'lampu hijau' yang diperoleh daripada pihak berkuasa.

Perkembangan menggembirakan buat peminat sukan permotoran tempatan itu hadir selepas kerajaan meluluskan semula penganjuran aktiviti sukan yang tidak membabitkan sentuhan.

Aksi perlumbaan Cub Prix Malaysia 2020 kembali bersambung. Empat pusingan di SIC 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai rekod, perlumbaan pusingan enam Cub Prix 2020 yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di beberapa buah negeri.

Menerusi perbincangan di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta semua agensi-agensi kerajaan yang terbabit, perlumbaan popular tempatan ini diberikan kelulusan khas untuk kembali bersambung.

Aksi perlumbaan Cub Prix Malaysia 2020 kembali bersambung. Empat pusingan di SIC 01

Begitupun, kalendar terkini dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS sedikit berbeza di mana baki empat pusingan terakhir musim 2020 akan diselesaikan selama enam hari perlumbaan berturut-turut.

Aksi perlumbaan Cub Prix Malaysia 2020 kembali bersambung. Empat pusingan di SIC 02

"Tiada keraguan, jadual perlumbaan sebegini sememangnya amat membebankan pasukan dan pelumba. Namun, semua pasukan Cub Prix telah bersetuju bahawa ini adalah cara paling selamat untuk menamatkan musim ini.

Aksi perlumbaan Cub Prix Malaysia 2020 kembali bersambung. Empat pusingan di SIC 03

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.

“Bagi pihak warga Cub Prix, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Negara (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta semua agensi-agensi kerajaan yang terlibat di atas kelulusan khas ini.

"Terutamanya kepada YB Menteri Belia dan Sukan yang amat prihatin terhadap keperitan yang dialami oleh pengiat sukan permotoran dalam situasi ini.

Aksi perlumbaan Cub Prix Malaysia 2020 kembali bersambung. Empat pusingan di SIC 04

"Semoga kelulusan yang diberikan ini menjadi sinar agar sektor sukan dapat dibuka semula seperti mana yang dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan dan Menteri Belia dan Sukan.

"Yang pastinya, warga Cub Prix akan mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku," kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, penganjur perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

Aksi perlumbaan Cub Prix Malaysia 2020 kembali bersambung. Empat pusingan di SIC 05

Bagi mengikuti SOP penganjuran sukan semasa, empat pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Aksi perlumbaan Cub Prix Malaysia 2020 kembali bersambung. Empat pusingan di SIC 06

Begitupun, para peminat sukan permotoran tempatan boleh mengikuti aksi-aksi hebat daripada empat pusingan terakhir ini secara langsung di laman Facebook Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS, TV2, RTM Sports, Astro SuperSports Saluran 811 dan Astro Arena.

  • Pusingan 5 & 6 - Litar Antarabangsa Sepang Utara (18 hingga 20 Disember 2020)
  • Pusingan 7 & 8 - Litar Antarabangsa Sepang Utara (22 hingga 24 Disember 2020)

Sumber imej:  Berita Harian, https://www.malaysiancubprix.com/

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda