window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat

Khairil ยท Dec 23, 2020 05:00 PM

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat 01

Benelli Malaysia terus berusaha memancing hati peminat motosikal 'naked' di negara ini apabila mereka melancarkan model Benelli TNT 249S 2020.

Apa tidaknya, ia adalah model naik taraf daripada jentera naked bajet TNT 25 yang masih berada di pasaran namun diberikan nafas baharu dari sudut teknologi, reka bentuk dan gaya.

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selaras dengan namanya TNT yang bermaksud 'Tornado Naked Tre', model yang menggunakan frame Trellis beserta enjin 249cc yang berupaya memberikan senyuman kepada pembeli berdasarkan prestasi termasuk bunyi ekzosnya.

Tidak perlu untuk untuk membuat perbandingan di antara TNT 25 dan TNT 249S kerana ia boleh dikatakan amat banyak.

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat 01

Ia termasuk dari sudut reka bentuk, rekaan lampu depan yang lebih moden dan futuristik beserta DRL, penggunaan brek cakera depan berkembar, suspensi belakang dengan swingarm yang sasa.

Selain itu, perubahan yang ketara juga adalah kepada paparan panel instrumen TNT 249S yang kini menggunakan Digital LCD sepenuhnya.

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat 02

Selain itu, TNT 249S juga jelas lebih gagah apabila menggunakan tayar bersaiz besar 169/60 di bahagian berlakang dan 120/70 di bahagian depan.

Tidak seperti TNT 25 yang menggunakan brek cakera tunggal, TNT 249S dilengkapkan dengan sistem brek cakera depan jenis berkembar dengan saiz 260mm bersama Caliper 4 piston manakala di bahagian belakang brek cakera tunggal di belakang.

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat 03

Dari sudut suspensi, ia tidak berubah di bahagian depan dengan penggunaan fork terbalik namun perbezaan ketara di bahagian belakang apabila TNT 249S menggunakan lateral shock absorber hidraulik boleh laras.

Mekanikal pula, TNT 249S menggunakan enjin sama berkapasiti 249cc kini mempunyai 2 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair dan 4 Injap. Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat 04

Benelli TNT 25

Dari sudut kuasa, Benelli TNT 249S menawarkan prestasi enjin yang memuaskan iaitu 31.5Hp pada 10,000rpm dengan tork maksimum 20Nm pada 9,000rpm.

Begitupun, segala peningkatan itu, TNT 249S 7 kilogram (kg) lebih berat daripada TNT 25 yang hadir dengan berat 183kg.

Tambahan

Jika melihat kepada reka bentuknya yang sasa, TNT 249S memang tampak lebih gagah berbanding kuasa enjinnya, malah mungkin ada yang tersalah sangka sesarannya enjinnya mungkin sebesar 600cc.

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat 05

Kawasaki ER6N

Gayanya juga tidak kalah malah jika diamati, ia tampak menyerupai jentera Kawasaki ER6n terutama di bahagian belakang, suspensi dan swingarm yang besar.

Selain badannya yang sasa, bunyi ekzosnya juga boleh 'menipu' apabila Benelli memberikan talaan berbeza bagi mendapatkan bunyi yang lebih padu.

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat 06

Untuk peminat pengguna yang gemar berkonvoi pula, TNT 249S juga boleh memuaskan hati mereka apabila tangki minyaknya hadir dengan isian maksimum 16 liter.

Justeru, berdasarkan spesifikasi itu, ia sudah cukup baik bagi jentera dalam kelas 250cc dalam segmen berkenaan.

Kesimpulan

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat 07

Tanpa kehadiran model hangat terbaru daripada Yamaha, MT-25, Benelli TNT 249S mungkin boleh menakluk pasaran 'Naked' kelas pertengahan dengan penambahbaikkan yang dibuat.

Ia cukup sesuai untuk sesiapa yang memerlukan sebuah jentera yang selesa bagi perjalanan ulang alik kerja yang jauh, harga berpatutan tetapi tetap berprestasi.

Benelli TNT 249S, harga 'tak keras', gaya dan spesifikasi hebat 08

Selain memberi sesuatu yang lebih segar kepada pembeli yang mahukan kelainan, ia juga jelas berbaloi dengan wang yang mereka keluarkan apabila TNT 249S dijual dengan harga bermula RM15,888.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda