window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh!

Khairil · Jun 24, 2021 07:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh! 01

Sebelum bercerita lebih lanjut, harga BMW S 1000 RR standard dijual pada angka € 19,200 (RM 95,475) dan di Malaysia, BMW S 1000 RR 2021 dijual pada tanda harga RM 121,500.

Sebagai info, Isle of Man TT pada musim 2020 dan 2021 dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh! 02

Berbalik kepada BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, apa yang membuatkan perbezaan harganya dengan versi standard cukup besar?

Juga baca: 2020 BMW R 18 First Edition dilancarkan. Cruiser moden 1,800 cc BMW bermula dari RM 149,500

Sebagai permulaan, BMW S 1000 RR Isle of Man Edition memperoleh warna hijau  Isle of Man yang unik dan diinspirasi daripada kereta BMW M3.

BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh! 03

Selain itu dari sudut kosmetik, bagi meningkatkan tahap 'kehenseman' jentera berkenaan, lencana "S 1000 RR Isle of Man Edition" turut diletakkan pada tangki minyak bersama nombor unit bagi menunjukkan status ekslusifnya.

Penghadang angin juga digelapkan dengan lampu depan turut dipadankan dengan 'tinted' berwarna kuning manakala warna rim juga sama seperti warna tembaga yang terdapat pada 'crankcase'.

BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh! 04

Seperti motosikal edisi terhad lain, BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition ini dilengkapkan dengan pakej Dynamic dan Race BMW.

BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh! 05

Jadi, ia mendapat pelbagai ciri-ciri canggih seperti 'Damping Control, Cruise Control, M Swingarm, Mod Pro, bateri yang ringan dan pemanas grip.

BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh! 06

Bagi meningkatkan lagi tahap ekslusif BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition ini, ia turut dipadankan dengan ekzos M-Line Akrapovic Titanium selain pelbagai perkakasan gentian carbon.

BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh! 07

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan BMW S1000RR Isle of Man TT Edition menggunakan enjin bersesaran 999 cc, 4 Silinder Sebaris yang menghasilkan kuasa setinggi 212 Hp dan 112 Nm.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda