window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe

Faisal · Jun 9, 2021 03:30 PM

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe 01

Selain BMW X3 facelift, BMW juga merasmikan BMW X4 facelift (LCI) 2021. SUV eksekutif bergaya coupe ini tampil dengan eksterior dan interior yang lebih segar serta trenkuasa yang dielektrifikasikan.

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe 02

Eksterior

Pada bahagian depan, gril kidney berbentuk buah pinggang sedikit besar berbanding dulu. Ia juga telah digabungkan menjadi satu unit. Grilnya pula mempunyai kemasan mesh untuk membezakannya daripada X3.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe 01

Selain itu, lampunya 10 mm lebih tirus berbanding sebelum ini. Ia didatangkan standard dengan teknologi LED adaptif berfungsi Matrix manakala lampu jenis Laserlight pula hadir sebagai pilihan tambahan. Melengkapi wajah depan BMW X4 facelift ialah bampar yang lebih moden.

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe 02

Pada bahagian belakang, lekuk badannya lebih ketara. Menariknya, reflector di bampar kini diletakkan menegak. Bahagian lampu pula menonjol dengan sentuhan yang digelapkan, Melengkapi rupa paras BMW X4 facelift ialah roda aloinya yang diperbaharui dengan pilihan saiz 19 – 21 inci, bergantung pada varian dan pilihan.

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe 03

Trenkuasa

BMW X4 facelift hadir dengan pelbagai pilihan enjin petrol dan diesel mengikut varian. Tetapi yang relevan dengan pasaran kita ialah enjin petrol 2.0L turbo melalui varian xDrive 20i (184 PS, 300 Nm tork) dan xDrive 30i (245 PS, 350 Nm tork).

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe 04

Kesemua enjin dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Tidak cukup dengan itu, semua enjin dilengkapkan dengan sistem hibrid sederhana 48V yang menambah kuasa sebanyak 11 PS.

Interior

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe 05

Pada bahagian dalam, konsol tengahnya menerapkan unsur yang sama seperti BMW 4 Series. Corong penyaman udara di tengah juga direka semula untuk nampak selari dengan model BMW yang terkini.

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe 06

Antara ciri baru ialah pilihan BMW Live Cockpit Professional yang mana ia menawarkan skrin bersaiz 12.3 inci untuk paparan infotainment dan kluster instrumen.

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe 07

Apple CarPlay tanpa wayar dan sambungan Android Auto turut didatangkan.

Keselamatan

Dari segi ciri bantuan keselamatan ADAS, BMW X4 facelift boleh dilengkapkan dengan pakej Driving Assistant atau Driving Assistant Professional.

BMW X4 G02 facelift (LCI) 2021 didedah – untuk penggemar X3 versi coupe 08

Pakej profesional ini datang dengan ciri seperti:

  • Active Cruise Control
  • Junction Warning dengan Ciry Brake Function
  • Emergency Lane Assistant
  • Steering/Lane Guidance Assistant

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 BMW X4 xDrive30i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda