window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179!

Khairil ยท Jan 3, 2023 04:30 PM

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 01

Tak menunggu masa lama, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan versi kemas kini salah satu kapcai 'marhaen' terlarisnya, Honda Wave Alpha (2023) yang mendapat pelbagai ciri peningkatan termasuk penggunaan bahan api lebih cekap dan dijual pada harga asas RM 5,179.

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 02

Seperti biasa, harga yang disyorkan itu tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 01

Vivacity Red

Sedikit sejarah mengenai Honda Wave Alpha di Malaysia, model berkenaan diperkenalkan pada 2015 dan ia pantas berjaya memikat pengguna di Malaysia menerusi gabungan rekaan yang menarik, kualiti dan nilai yang sangat berpatutan.

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 02

Clipper Yellow

Berbalik kepada Honda Wave Alpha (2023), sekalipun tiada perubahan ketara dapat dilihat dari sudut rekaan terutama di bahagian depan berbanding versi terdahulu, namun pihak BSH mengemaskini sepenuhnya bahagian sisi dan belakang dengan rekaan baharu.

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 03

Pearl Nightfall Blue

Selain tambah sedikit besar, rekaan lampu belakang Honda Wave Alpha (2023) kini mirip Honda RS150R V2 yang sekaligus menjadikan penampilannya lebih segar. Turut dikemaskini adalah di bahagian panel meter (analog) yang didakwa memberi pandangan lebih moden.

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 04

Sekalipun pilihan warna kekal tiga, skema warna dan grafik yang dipadankan kepada Honda Wave Alpha (2023) ini tampak lebih ringkas dan pilihan warna yang ditawarkan adalah:

  • Vivacity Red
  • Pearl Nightfall Blue
  • Clipper Yellow

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 05

Dan untuk mendapatkan penggunaan bahan api yang cekap, ia kini sudah digandingkan dengan teknologi Suntikan Bahan Api dikenali 'Programmed Fuel Injection' dan sudah pun mematuhi piawaian emisi Euro4.

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 06

Di bahagian trenkuasa, Honda Wave Alpha (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 110 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 07

Kuasa yang dihasilkan adalah 8.7 Hp pada 7,500 rpm dan tork 8.67 Nm pada 5,500 rpm. 

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 08

BSH mendakwa, penggunaan bahan api Wave Alpha (2023) ini boleh mencapai 70.9 km/l mengikuti mod pengukuran penggunaan bahan api (WMTC). Angka yang dicapai itu adalah peningkatan 12.3 km/l berbanding versi terdahulu.

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 09

Selain itu, perubahan lain termasuklah kapasiti tangki bahan api (4.1 liter) dan storan bawah pelana yang dua kali ganda lebih (7.3 liter) besar berbanding versi terdahulu.

BSH kemas kini Honda Wave Alpha (2023), lagi cekap bahan api, harga asas RM 5,179! 10

Seperti biasa, kepada yang berminat, pihak BSH menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau perbatuan 20,000 km (mana yang terdahulu).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda