window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CAM Kingo - akan jadi van diesel pertama di Malaysia yang guna 6AT, bakal tiba pertengahan 2024

Faisal · Dec 11, 2023 10:45 AM

CAM Kingo - akan jadi van diesel pertama di Malaysia yang guna 6AT, bakal tiba pertengahan 2024 01

CAM Malaysia, jenama yang diasaskan pada tahun 2009 oleh R&A Marketing Sdn Bhd (subsidiari Sendok Group) sedang bersiap sedia untuk melancarkan van diesel automatik pertama di Malaysia yang menggunakan transmisi automatik 6 kelajuan. Ia adalah model CAM Kingo 15 tempat duduk dan 18 tempat duduk.

Bagi anda yang belum tahu, portfolio jenama CAM merangkumi trak ringan, van 10-18 tempat duduk, bas mini, karavan, mesin berat dan juga trak perlombongan. Fokus di Malaysia ialah CAM Kingo Series di mana ia telahpun dilancarkan pada tahun 2019.

CAM Kingo - akan jadi van diesel pertama di Malaysia yang guna 6AT, bakal tiba pertengahan 2024 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara amnya, Sendok Group menjalinkan kerjasama dengan syarikat China iaitu King Long Automotive Industry Co. Ltd. Ibu pejabatnya terletak di Xiamen untuk mengagihkan kenderaan King Long di Malaysia. Sebagai pengedar rasmi untuk jenama King Long di sini, CAM meletakkan logo jenama mereka pada van King Long.

Dari segi teknikal, siri CAM Kingo mempunyai empat varian iaitu Kingo Ute Window, Kingo 15 tempat duduk, Kingo Plus 18 tempat duduk dan Kingo Ute Panel iaitu van panel terbesar dalam kelasnya dan ini dicapai melalui penerapan bumbung tinggi, sekaligus memberikan ruang kargo sebesar 9.2 meter padu.

CAM Kingo - akan jadi van diesel pertama di Malaysia yang guna 6AT, bakal tiba pertengahan 2024 01

Nadi siri CAM Kingo pula menggunakan enjin 3.0L turbodiesel 4-silinder yang menghasilkan 150 PS/370 Nm. Kuasa dihantar oleh transmisi manual 5 kelajuan tetapi ini akan menyaksikan perubahan.

CAM Kingo - akan jadi van diesel pertama di Malaysia yang guna 6AT, bakal tiba pertengahan 2024 02

Maksud kami di sini ialah prebiu CAM Malaysia yang kami hadir baru-baru ini mendedahkan satu maklumat di mana versi automatik akan diperkenalkan. Ini secara tidak langsung bakal menjadikan ia sebagai van diesel pertama di Malaysia dengan transmisi automatik.

Dibekalkan oleh Aisin dengan 6 bilangan gear, King Long mendakwa pengurangan bahan api sebanyak 5 – 10% berbanding transmisi manual. Menariknya, ia ada ciri pemilih mod memandu dan bantuan gerak dari cerun.

CAM Kingo - akan jadi van diesel pertama di Malaysia yang guna 6AT, bakal tiba pertengahan 2024 03

Terjemahan dari Google.

Berdasarkan pandu uji kami di kawasan kilang King Long, Kingo automatik menunjukkan kualiti penukaran gear yang lancar dan kemas. Nisbahnya juga dibuat dekat supaya dapat mengoptimumkan kuasa enjin.

CAM Kingo - akan jadi van diesel pertama di Malaysia yang guna 6AT, bakal tiba pertengahan 2024 04

Penerapan mod manual melalui tombol gear jenis elektronik pula dapat memberi lebih kawalan pada pemandu.

CAM Kingo - akan jadi van diesel pertama di Malaysia yang guna 6AT, bakal tiba pertengahan 2024 05

Berkenaan enjin pula, kuasanya didapati mencukupi untuk membawa 15 penumpang secara serentak. Kewalan suspensinya juga kekal tegap dan untuk kategori kenderaan sebegini, kami mendapati bahawa casisnya kurang getaran.

CAM Kingo - akan jadi van diesel pertama di Malaysia yang guna 6AT, bakal tiba pertengahan 2024 06

Tahun hadapan, CAM Malaysia merancang untuk memperkenalkan varian automatik untuk kedua-dua versi 15 dan 18 tempat duduk. Sama seperti sebelum ini, varian 15 tempat duduk akan kekal dengan panjang 5.4 meter, manakala versi 18 tempat duduk akan meningkat ke 6 meter.

Harga untuk varian automatik belum lagi diumum tetapi ia dijangka meningkat berikutan beberapa pembangunan yang telah diterapkan. Mengenai ketibaan di Malaysia, kami diberitahu bahawa ia dirancang untuk membuat pelancaran pada pertengahan 2024.

CAM Kingo - akan jadi van diesel pertama di Malaysia yang guna 6AT, bakal tiba pertengahan 2024 07

Buat masa sekarang, CAM Kingo 15 tempat duduk dengan transmisi manual 5 kelajuan berharga RM 134,361 untuk pendaftaran persendirian dan RM 134,561 untuk pendaftaran syarikat.

Sementara itu, CAM Kingo Plus 18 tempat duduk berharga RM 152,361 untuk pendaftaran persendirian dan RM 152,561 untuk pendaftaran syarikat.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda