window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Swift generasi 2023 debut dengan enjin 1.2L hybrid sederhana dan pilihan transmisi 5 MT!

Faisal · Dec 8, 2023 12:10 PM

Suzuki Swift generasi 2023 debut dengan enjin 1.2L hybrid sederhana dan pilihan transmisi 5 MT! 01

Setelah konsepnya diperlihatkan pada Oktober tempoh hari, Suzuki Swift generasi keempat kini sudah rasmi. Ia tampil dengan pembaharuan gaya, trenkuasa dan ciri ADAS yang lebih canggih.

Juga bacaSuzuki Swift Concept didedah - prebiu generasi 2024, macam sama tapi tak serupa

Antara naik taraf terbesar datang dalam bentuk enjin 1.2L 3 silinder Z12E yang dibantu oleh sistem hibrid sederhana (MHEV) untuk daya tork dan penjimatan petrol yang lebih mantap. Enjin ini dipadankan pada transmisi CVT dahulu dan kemudian pada 2024 barulah akan beransur dengan pilihan manual 5 kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Swift generasi 2023 debut dengan enjin 1.2L hybrid sederhana dan pilihan transmisi 5 MT! 01

Setakat ini, angka kuasa dan penggunaan petrol rasmi belum lagi diberitahu, termasuklah untuk Swift Sport.

Untuk sesetengah pasaran, Swift serba baharu akan ditawarkan dengan sistem Allgrip Auto AWD.

Suzuki Swift generasi 2023 debut dengan enjin 1.2L hybrid sederhana dan pilihan transmisi 5 MT! 02

Masuk ke bahagian dalam, Swift generasi 2023 tampil dengan kabin baharu yang menyerlah dengan infotainment 9 inci.

Suzuki Swift generasi 2023 debut dengan enjin 1.2L hybrid sederhana dan pilihan transmisi 5 MT! 03

Dari segi keselamatan, sistem ADAS pada hatchback popular ini datang dalam bentuk Dual Sensor Brake Support II (menggabungkan radar dan kamera monokular), ACC with Stop and Go, Lane Keep Assist, RCTA, Driver Monitoring System dan Adaptive High Beam.

Suzuki Swift generasi 2023 debut dengan enjin 1.2L hybrid sederhana dan pilihan transmisi 5 MT! 04

Secara amnya, Swift baharu akan mula dijual di Jepun pada 13 Disember ini, manakala pasaran Eropah akan mula melancarkannya pada tahun 2024.

Suzuki Swift generasi 2023 debut dengan enjin 1.2L hybrid sederhana dan pilihan transmisi 5 MT! 05

Di Malaysia, Suzuki Cars Malaysia baru sahaja melancarkan Suzuki Swift Sport Silver Edition yang memperlihatkan estetik lebih sporty dan penambahan muncung ekzos Akrapovic. Ia ditawarkan pada harga RM 145,900.

Juga bacaBersempena pusat 3S pertama di Johor, Suzuki Swift Sport Silver Edition diperkenalkan - eksklusif untuk Malaysia!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Suzuki Swift International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda