window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Passo generasi seterusnya mungkin guna enjin 1.0L turbo dengan 110 PS - trenkuasa Myvi akan datang?

Faisal · Nov 14, 2023 11:00 AM

Toyota Passo generasi seterusnya mungkin guna enjin 1.0L turbo dengan 110 PS - trenkuasa Myvi akan datang? 01

Lakaran dari Best Car Web.

Nampaknya, keluaran model Toyota Passo yang dilaporkan tamat tempoh hari masih belum berakhir. Berdasarkan laporan terbaru dari Jepun, kembarnya, Daihatsu Boon masih ditawarkan dan Daihatsu tidak mengumumkan sebarang pengakhiran buat model tersebut.

Juga bacaSayonara, Toyota Passo - Kereta asas kepada Perodua Myvi akan dihentikan di pasaran Jepun!

Toyota Passo generasi seterusnya mungkin guna enjin 1.0L turbo dengan 110 PS - trenkuasa Myvi akan datang? 02

Cuba teka yang mana Perodua Myvi?

Bagi anda yang belum tahu, Passo/Boon generasi pertama dan kedua dijenamakan semula sebagai Perodua Myvi. ‘King’ generasi ketiga pula tiada kaitan dengan duo tersebut. Pada masa yang sama, Passo generasi ketiga adalah model yang dijenamakan semula dari Daihatsu. Ia tidak dibangunkan oleh Toyota dan Daihatsu secara bersama seperti yang diterapkan pada generasi pertama dan kedua.

Toyota Passo generasi seterusnya mungkin guna enjin 1.0L turbo dengan 110 PS - trenkuasa Myvi akan datang? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Disebabkan itu, media di Jepun membuat spekulasi bahawa Daihatsu Boon generasi keempat sedang dibangunkan dan mungkin dijenamakan sekali lagi kepada Toyota Passo. Menurut Best Car Web, Boon/Passo generasi seterusnya mungkin menggunakan platform DNGA.

Toyota Passo generasi seterusnya mungkin guna enjin 1.0L turbo dengan 110 PS - trenkuasa Myvi akan datang? 01

Menariknya, buat masa ini, hanya Boon dan Thor sahaja model Daihatsu yang bukan diasaskan oleh arkitektur DNGA. Untuk pengetahuan anda, kembar Daihatsu Thor iaitu Toyota Roomy adalah salah satu daripada kereta paling laris di Jepun dan platform semasa yang digunapakai adalah sama dengan Boon.

Juga bacaToyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda!

Toyota Passo generasi seterusnya mungkin guna enjin 1.0L turbo dengan 110 PS - trenkuasa Myvi akan datang? 02

Perkara ini secara tidak langsung bermaksud Roomy/Thor generasi seterusnya mungkin dibangunkan sekali dengan pewaris Passo/Boon. Selain platform lebih moden, Best Car Web turut melaporkan bahawa ia mungkin hadir dengan enjin 1.0L 3-silinder turbo yang menghasilkan 110 PS/196 Nm.

Toyota Passo generasi seterusnya mungkin guna enjin 1.0L turbo dengan 110 PS - trenkuasa Myvi akan datang? 03

Mereka turut memberitahu bahawa nadi itu adalah enjin baharu memandangkan outputnya jauh lebih tinggi daripada siri 1KR-VET (98 PS, 140 Nm) yang terdapat pada Daihatsu Rocky/Toyota Raize/Perodua Ativa.

Toyota Passo generasi seterusnya mungkin guna enjin 1.0L turbo dengan 110 PS - trenkuasa Myvi akan datang? 04

Satu perkara unik tentang pewaris Passo/Boon nanti ialah falsafah yang diterapkan dikatakan untuk pembeli lelaki, bukan lagi tertumpu untuk wanita. Disebabkan inilah ada desas-desus mengenai peningkat output yang sebegitu mendadak. Malah, varian X4 yang ditawarkan pada Boon generasi pertama juga dijangka hadir pada generasi serba baharu nanti.

Juga bacaDireka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

Toyota Passo generasi seterusnya mungkin guna enjin 1.0L turbo dengan 110 PS - trenkuasa Myvi akan datang? 05

Secara amnya, Best Car Web menjangkakan bahawa debut Passo/Boon generasi baharu akan berlangsung sekitar suku 3 2024. Apa-apapun, pewaris Myvi model sekarang tetap lebih berkait dengan pengganti Toyota Yaris yang sedang giat dibangunkan untuk pasaran ASEAN.

Juga bacaToyota Yaris 2023 gen baru bakal jadi Perodua Myvi DNGA 'rebadge' baru

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda