window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Accord 2023 masuk pasaran Indonesia - varian RS e:HEV, 207 PS, harga RM 289k!

Faisal ยท Dec 8, 2023 10:21 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang bertuah buat negara jiran iaitu Indonesia, mereka tetap mendapat generasi 2023 melalui satu varian sahaja iaitu RS e:HEV. Sedan segmen D ini ditawarkan oleh Honda Prospect Motor pada harga 959.9 juta IDR (~RM 289k).

Honda Accord 2023 masuk pasaran Indonesia - varian RS e:HEV, 207 PS, harga RM 289k! 01

Varian RS yang mereka dapat lengkap dengan rim 18 inci dan lampu isyarat sequential.

Secara teknikal, Accord mereka hadir dengan nadi 2.0L hibrid e:HEV yang beroutput 207 PS/335 Nm (184 PS/335 Nm dari motor elektrik, 145 PS/179 Nm dari enjin 2.0L DOHC i-VTEC). Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi E-CVT.

Honda Accord 2023 masuk pasaran Indonesia - varian RS e:HEV, 207 PS, harga RM 289k! 02

Masuk ke bahagian dalam, kabin Honda Accord baharu di Indonesia diserlahkan dengan lampu pencahayaan, kluster digital 10.2 inci, head-up display 11.5 inci, infotainment Google 12.3 inci dan tombol pemilih kawalan antara penyaman udara, audio dan jam.

Honda Accord 2023 masuk pasaran Indonesia - varian RS e:HEV, 207 PS, harga RM 289k! 03

Antara ciri lain yang ada termasuklah bumbung suria panoramik, pengecas nirwayar, kamera 360-darjah, kamera LaneWatch, audio Bose 12 pembesar suara dan kunci Digital Key.

Honda Accord 2023 masuk pasaran Indonesia - varian RS e:HEV, 207 PS, harga RM 289k! 04

Soal keselamatan pula, Accord di sana lengkap dengan ADAS Honda Sensing yang merangkumi ciri:

  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Lead Car Departure Notification (LCDN)
  • Road Departure Mitigation System (RDM)
  • Auto High Beam with Adaptive Driving Beam (AHB & ADB)
  • Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow (ACC dengan LSF)
  • Collision Mitigation Brake System (CMBS)

Secara amnya, Accord baharu mungkin tidak dibawa masuk ke pasaran kita di atas faktor harga yang akan menjadi lebih mahal daripada model sekarang.

Bagi anda yang belum tahu, Accord di pasaran kita sekarang ditawarkan pada harga:

  • 1.5 TC - RM 187,400
  • 1.5 TC-P - RM 197,400

Juga bacaJepun bakal lancar Honda Accord gen-11 pada 2024 - trenkuasa hybrid dan kabin lebih ringkas, anda cair?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda