window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Accord 2024 tak masuk Malaysia, tapi pasaran Indonesia baru buat debut ASEAN, anda sedih?

Faisal ยท Aug 11, 2023 10:12 AM

Honda Accord 2024 tak masuk Malaysia, tapi pasaran Indonesia baru buat debut ASEAN, anda sedih? 01

Semalam, Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa Honda Accord 2024 generasi ke-11 tidak akan menembus pasaran kita. Menariknya, model ini semalam juga telah membuat debut ASEAN di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2023.

Ia bakal diimport (CBU) dari Thailand tetapi harga ikon segmen D ini masih belum didedahkan dan garis masa pelancaran juga masih belum dikeluarkan.

Honda Accord 2024 tak masuk Malaysia, tapi pasaran Indonesia baru buat debut ASEAN, anda sedih? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, ini Honda pertama yang datang dengan integrasi Google yang mana anda boleh memberi arahan suara untuk mengoperasikan beberapa fungsi. Malah, ia juga boleh berhubung dengan rumah jenis pintar untuk mengawal suis dan sebagainya.

Honda Accord 2024 tak masuk Malaysia, tapi pasaran Indonesia baru buat debut ASEAN, anda sedih? 01

Infotainment pada Accord generasi baharu ini menggunakan saiz 12.3 inci.

Honda Accord 2024 tak masuk Malaysia, tapi pasaran Indonesia baru buat debut ASEAN, anda sedih? 02

Dari segi dimensi, perbezaan saiznya dengan model di pasaran kita sekarang adalah seperti di bawah:

Dimensi Honda Accord 2023
Dimensi Accord baharu Accord gen-10
Panjang 4,971 mm (+89 mm) 4,882 mm
Tinggi 1,450 mm 1,450 mm
Lebar 1,862 mm 1,862 mm
Jarak roda 2,829 mm 2,829 mm

Honda Accord 2024 tak masuk Malaysia, tapi pasaran Indonesia baru buat debut ASEAN, anda sedih? 03

Setakat ini, trenkuasa untuk pasaran Indonesia masih belum diumumkan tetapi varian RS e:HEV yang dipertontonkan di Indonesia ini mungkin hadir dengan salah satu daripada nadi hybrid di bawah.

Spesifikasi Honda Accord 2023
Trenkuasa Butiran

1.5L VTEC Turbo 4-silinder, direct injection

192 PS @ 6,000 rpm

260 Nm @ 1,700 - 5,000 rpm

CVT

2.0L hybrid

Kitaran-atkinson 4-silinder + 2 motor, direct-injection

204 PS (gabungan)

335 Nm @ 5,000 - 8,000 rpm

CVT

Berkenaan aspek keselamatan, kamera Sensing untuk Accord baharu diperbaharui dengan jenis 90-darjah dan radar bersudut 120-darjah.

Honda Accord 2024 tak masuk Malaysia, tapi pasaran Indonesia baru buat debut ASEAN, anda sedih? 04

Model di pasaran Amerika.

Teknologi ini mempertingkatkan prestasi perlindungan pelanggaran di mana ia dapat mengesan pelbagai halangan dan juga papan isyarat. Apa yang dinaik taraf juga termasuklah pada fungsi Adaptive Cruise Control (ACC), Low-Speed Follow dan Lane Keeping Assist (LKAS) tetapi apa yang baru adalah ciri Blind-spot information (BSI) dan Traffic Jam Assist (TJA).

Di Malaysia, Accord baharu tidak akan masuk Malaysia kerana pelanggan kini lebih menyukai SUV. Secara tidak langsung juga, tidak logik untuk Honda memasang CKD kerana jualannya tidak lagi banyak seperti dahulu.

Juga bacaSAH: Honda Accord 2024 generasi ke-11 tak akan masuk Malaysia, legasi 50 tahun bakal berakhir

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda