window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CFMoto tayang 250 CL-X, bakal tembus pasaran Malaysia?

Khairil ยท Jan 24, 2022 04:00 PM

CFMoto tayang 250 CL-X, bakal tembus pasaran Malaysia? 01

Selepas 'menggegar' dalam pasaran segmen 'Naked' aras pertengahan menerusi CFMoto 700 CL-X, syarikat pengeluar motosikal gergasi China itu menayangkan pula versi lebih kecil 250 CL-X.

Seperti siri CFMoto 700 CL-X, 250 CL-X akan menggunakan rekaan berkonsepkan 'neo-retro' menarik yang sama. 

Juga baca: CFMoto 700CL-X Heritage 2022 dah dijual di Malaysia, unit terhad?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

CFMoto tayang 250 CL-X, bakal tembus pasaran Malaysia? 01

Sebagai info, salah satu daripada model CFMoto 700 CL-X iaitu Heritage yang dilancarkan pada tahun lalu sudah pun memasuki pasaran Malaysia. Dan harga yang ditawarkan untuk model bersesaran 700 cc itu cukup menarik iaitu RM 28,800 (asas).

Sekalipun menggunakan platform satu lagi model naked iaitu CFMoto 250 NK, seperti dinyatakan 250 CL-X tampil dengan rekaan 700 CL-X neo-retro yang sememangnya unik.

Juga baca: Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan!

CFMoto tayang 250 CL-X, bakal tembus pasaran Malaysia? 02

Sebagai permulaan, rekaan lampu utamanya menggunakan LED adalah berbentuk bulat yang unik lengkap dengan lampu siang DRL dengan corak X. Bahagian panel termasuk tangki bahan api juga menyerupai 700 CL-X namun lebih kecil. 

CFMoto tayang 250 CL-X, bakal tembus pasaran Malaysia? 03

Pelana yang dipadankan juga adalah dari rekaan ‘single-piece’ dan nampak sporty menerusi penggunaan skema warna dua tona dan rim aloi.

Dari sudut trenkuasa, CFMoto 250 CL-X ini dipadankan dengan enjin 250 cc, 1 Silinder, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dijana ialah 27.6 Hp dan tork setinggi 22 Nm.

Juga baca: 'Sportbike' CFMoto 250SR peroleh seragam Edisi Lumba baharu, lagi 'segak'!

CFMoto tayang 250 CL-X, bakal tembus pasaran Malaysia? 04

Seperti 'abangnya', ia turut mempunyai dua mod tunggangan dan klac 'assist & slipper' yang cukup memudahkan terutama tunggangan di bandar.

Sekalipun bersesaran 250 cc, CFMoto masih mengekalkan pelbagai komponen premium kepada 250 CL-X seperti panel meter digital LCD, sistem lampu LED penuh, fork jenis terbalik USD, penyerap hentak tunggal (belakang) dan brek cakera depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

CFMoto tayang 250 CL-X, bakal tembus pasaran Malaysia? 05

Setakat ini, tiada sebarang petunjuk konkrit CFMoto 250 CL-X ini akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak tetapi mengikut trend semasa, peluang tetap ada dan ada media menyatakan Malaysia sebagai destinasi debut motosikal berkenaan.

Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: CFMoto 250SR-R 2022 bakal diperkenal, lebih ringan, ada 'Winglet' karbon!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda