window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery Malaysia membuka pusat penjualan dan servis 3S baru di Kota Kinabalu, Sabah

Zamil Syaheer · Mar 19, 2024 12:00 PM

Chery Malaysia membuka pusat penjualan dan servis 3S baru di Kota Kinabalu, Sabah 01

Chery Malaysia telah mengumumkan sebuah bilik pameran dan pusat servis baru di Kota Kinabalu, Sabah, yang dimiliki dan dioperasikan oleh rakan-pengedar Universal Chery Sdn Bhd.

Pusat 3S baru ini meliputi 15,000 kaki persegi, menawarkan pengalaman komprehensif kepada pelanggan untuk melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan, dan penyelenggaraan.

Chery Malaysia membuka pusat penjualan dan servis 3S baru di Kota Kinabalu, Sabah 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelanggan boleh melihat keseluruhan rangkaian kenderaan Chery di dalam bilik pameran dan bersantai di ruang rehat pelanggan. Pusat servis dan bengkel ini mempunyai 8 lorong servis yang diuruskan oleh juruteknik Chery yang terlatih dimana mereka mampu untuk menyelenggara sehingga 830 kenderaan setiap bulan.

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang menambah, "Bilik pameran dan pusat servis baru ini menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang serta kemudahan kepada pelanggan kami di Sabah. Kami berharap untuk menyambut pelanggan baru ke jenama kami dan bagi mereka merasai kualiti dan kebolehpercayaan kenderaan Chery."

Baca juga: Pelan Chery Malaysia bagi tahun 2024: Memperluas rangkaian agensi pengedar serta pelancaran 3 model baru

Chery Malaysia membuka pusat penjualan dan servis 3S baru di Kota Kinabalu, Sabah 01

Pusat 3S ini terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis, Off Jalan Lintas Inanam, 88450, Kota Kinabalu, Sabah. Bilik pameran ini dibuka setiap hari  dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang (Isnin - Jumaat), 8.30 pagi hingga 4.00 petang (Sabtu), dan 10.00 pagi hingga 3.00 petang (Ahad dan cuti umum).

Pusat servis dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin - Jumaat) dan dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang (Sabtu); tutup pada Ahad dan cuti umum.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Chery Omoda 5 C

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda