window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Jimny 2024 versi 5-pintu disahkan membuat pelancaran Malaysia pada S3 2024!

Faisal · Mar 19, 2024 09:40 AM

Suzuki Jimny 2024 versi 5-pintu disahkan membuat pelancaran Malaysia pada S3 2024! 01

Jimny 5-pintu di pasaran Singapura

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Auto Group, Mohd. Rizal Jailan, Suzuki Jimny 2024 5-pintu mungkin dilancarkan di Malaysia pada suku ke-3 2024 (S3 2024).

Dalam wawancara bersama New Straits Times, Rizal memberi komen bahawa kumpulan sedang "merancang untuk melancarkan beberapa model baharu untuk tahun ini, terutama buat Suzuki". Pada masa yang sama, beliau menambah bahawa "Jimny serba baharu" akan diperkenalkan.

Suzuki Jimny 2024 versi 5-pintu disahkan membuat pelancaran Malaysia pada S3 2024! 02

Jimny 5-pintu di Indonesia

Kalau anda nak tahu, Jimny 5-pintu membuat debut global di India pada Jun 2023. Bulan lepas, ia membuat debut ASEAN di Indonesia. Dan mendapat 1,200 unit tempahan dalam masa 3 hari.

Juga baca: Hanya dalam masa 3 hari, Suzuki Jimny 5-pintu di Indonesia terima sehingga 1,200 tempahan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Jimny 2024 versi 5-pintu disahkan membuat pelancaran Malaysia pada S3 2024! 01

Suzuki Jimny 2024 versi 5-pintu disahkan membuat pelancaran Malaysia pada S3 2024! 02

Dari segi teknikal, Jimny 5-pintu sepatutnya hadir dengan trenkuasa sama dengan versi 3-pintu melalui enjin 1.5L NA K15B yang menghasilkan 103 PS/134 Nm. Kuasa dihantar ke sistem AllGrip Pro 4WD melalui pilihan transmisi automatik 4-kelajuan atau manual 5-kelajuan.

Soal harga, Jimny 5-pintu di Indonesia hanya 4% lebih mahal daripada versi 3-pintu.

Di Malaysia, Jimny 3-pintu ditawarkan pada harga berikut:

  • Jimny Rainforest Edition - RM 168,900
  • Jimny Black Edition - RM 171,900
  • Jimny Rhino Edition - RM 174,900
  • Jimny (standard, tiada aksesori) - RM 174,900

Also read: Naza lancar 2 Suzuki Jimny versi eksklusif Malaysia - sehingga RM 6k lagi murah daripada varian biasa!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda