window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hanya dalam masa 3 hari, Suzuki Jimny 5-pintu di Indonesia terima sehingga 1,200 tempahan!

Faisal Β· Feb 20, 2024 07:46 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanya dalam masa 3 hari, Suzuki Jimny 5-pintu di Indonesia terima sehingga 1,200 tempahan! 01

Ketua Bahagian PW Sales untuk PT SIS, Randy R. Murdoko berkata bahawa pembeli memberi maklum balas positif terhadap Jimny 5-pintu. Jawab beliau kepada OtoDriver, β€œTiada banyak yang dipersoalkan oleh rata-rata pembeli sewaktu mereka melihat kereta ini".

Hanya dalam masa 3 hari, Suzuki Jimny 5-pintu di Indonesia terima sehingga 1,200 tempahan! 02

Untuk makluman anda, Jimny 5-pintu diimport dari India yang mana ia dipasang di kilang Maruti Suzuki. Di Indonesia, ia ditawarkan melalui 4 varian dengan harga antara IDR 462 juta - IDR 478.6 juta (~RM 141k-146k). Berbanding versi 3-pintu dari Jepun, julat harga ini menunjukkan peningkatan sebanyak 4%.

Hanya dalam masa 3 hari, Suzuki Jimny 5-pintu di Indonesia terima sehingga 1,200 tempahan! 03

Soal trenkuasa, ia kekal menggunakan nadi 1.5L NA K15B yang menghasilkan 103 PS/134 Nm. Kuasa dihantar ke semua roda (AllGrip Pro 4WD) yang diuruskan oleh transmisi automatik 4-kelajuan atau manual 5-kelajuan.

Hanya dalam masa 3 hari, Suzuki Jimny 5-pintu di Indonesia terima sehingga 1,200 tempahan! 04

Kembali di Malaysia, Suzuki Jimny hanya ditawarkan melalui varian 3-pintu secara model import (CBU) dari Jepun. Ia dijual pada harga RM 174,900.

Juga bacaNaza lancar Suzuki Jimny Rhino Edition - harga sama dengan Jimny biasa, terhad 30 unit saja

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda