window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih mahal daripada Hilux, Mitsubishi Triton 2024 kembali ke Jepun, siap raih tempahan x6 ganda lebih daripada sasaran asal!

Zamil Syaheer Β· Feb 20, 2024 10:00 AM

Lebih mahal daripada Hilux, Mitsubishi Triton 2024 kembali ke Jepun, siap raih tempahan x6 ganda lebih daripada sasaran asal! 01

Selepas 12 tahun menghilang, Mitsubishi Triton serba baru telah diperkenalkan semula di Jepun. Semasa pelancarannya pada 15hb Februari, Triton buatan Thailand telah meraih lebih daripada 1,300 tempahan. Ini melebihi sasaran jualan bulanan sebanyak 200 unit sebulan, bersamaan enam kali ganda! Tempahan di Jepun dibuka pada 21 Disember tahun lepas.

Hampir 90 peratus daripada semua tempahan yang diterima adalah untuk gred GSR tertinggi, yang setara dengan varian Athlete yang dijual di Malaysia. Selebihnya adalah bagi varian GLS yang lebih rendah. Kedua-dua varian dilengkapi dengan Super Select 4WD II yang membolehkan pemandu menggunakan Triton seperti kenderaan 4WD sepenuh masa.

Lebih mahal daripada Hilux, Mitsubishi Triton 2024 kembali ke Jepun, siap raih tempahan x6 ganda lebih daripada sasaran asal! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbeza dengan trak pikap 4WD separa masa yang dijual oleh pesaing, varian Triton yang dilengkapi dengan Super Select 4WD II boleh dipandu di jalan biasa hingga ke mod 4H. Di Malaysia, hanya varian tertinggi seperti Triton Athlete yang dilengkapi dengan Super Select 4WD II. Varian yang lebih rendah dilengkapi dengan Easy Select 4WD dan ia tidak boleh dipandu di jalan raya dalam mod 4H.

Trak pikap buatan Thailand semakin popular sebagai kereta gaya hidup di Jepun. Berbeza dengan Asia Tenggara, trak pikap di Jepun hanya dibeli oleh orang kaya sebagai simbol status.

Di sana, trak pikap dianggap sebagai kenderaan komersial walaupun ianya dimiliki oleh pemilik peribadi. Ini bermakna pemilik wajib melakukan pemeriksaan kenderaan setiap 6 bulan. Pembeli kereta biasa mungkin rasa ianya menyusahkan tetapi golongan dengan masa dan sumber kewangan yang besar tidak menganggap ini sebagai penghalang.

Harga untuk Triton pasaran Jepun bermula dari 4.98 juta Yen. Itu lebih mahal daripada Toyota Hilux GR Sport (4.3 juta Yen) dan Hilux Rocco Edition (4.8 juta Yen).

Triton GSR tertinggi bermula dari 5.4 juta Yen. Itu lebih mahal daripada Toyota Land Cruiser 300, yang bermula dari 5.1 juta Yen.

Baca juga: 35 gambar tayang 'Beast Mode' Mitsubishi Triton 2024 untuk idaman anda

Lebih mahal daripada Hilux, Mitsubishi Triton 2024 kembali ke Jepun, siap raih tempahan x6 ganda lebih daripada sasaran asal! 01

Lihat cermin belakang yang lebih gelap

Triton pasaran Jepun dibezakan daripada model pasaran Thailand dengan cermin privasi yang lebih gelap di bahagian belakang.

Di tanah air tercinta, Mitsubishi Motors Malaysia dijangkakan akan melancarkan Mitsubishi Triton 2024 serba baharu pada suku seterusnya. Walau bagaimanapun, harga berkemungkinan akan naik lebih tinggi daripada model semasa.

Baca juga: 8% lebih mahal? Berapakah anggaran harga untuk Mitsubishi Triton Athlete 2024 yang bakal tiba Malaysia?

 

Lebih mahal daripada Hilux, Mitsubishi Triton 2024 kembali ke Jepun, siap raih tempahan x6 ganda lebih daripada sasaran asal! 02

Mitsubishi Triton generasi sebelumnya dijual pada harga antara RM 110,000 hingga RM 155,900 untuk varian double-cab 4x4 di Semenanjung Malaysia (dari RM 112,000 hingga RM 157,900 untuk Sabah dan Sarawak).

Triton Athlete kini ditawarkan dengan tiga pakej promosi yang berbeza untuk pembeli memilih:

  • Diskaun tunai RM 7,000 dan 'Angpow' Tahun Baru Cina sebanyak RM 2,000

ATAU

  • Kadar faedah rendah pembiayaan 0.88% dengan diskaun tunai RM 2,000 dan 'Angpow' Tahun Baru Cina sebanyak RM 2,000

ATAU

  • Naik taraf roda (bernilai RM 9,800) dengan membayar tambahan RM 900, diskaun tunai RM 3,000 dan 'Angpow' Tahun Baru Cina sebanyak RM 2,000

Bagi Triton AT Premium, pengedar Mitsubishi menawarkan pakej penambahbaikan aksesori bernilai RM 10,800, ditambah β€˜Angpow’ RM 2,000 dalam Tahun Baru Cina.

Promosi di atas hanya sah untuk kereta yang didaftarkan menjelang 29 Februari 2024.

Baca juga: Mitsubishi Motors Malaysia memperkenalkan pakej sporty bagi Triton 2.4 AT Premium 2024, terhad kepada beberapa unit!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda