window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah jadi barang 'rare', basikal BMX 'lama' Apollo Faizal Hussein kini cecah ribuan ringgit!

Khairil ยท Aug 17, 2022 03:00 PM

Dah jadi barang 'rare', basikal BMX 'lama' Apollo Faizal Hussein kini cecah ribuan ringgit! 01

Kepada remaja era 1980-an, basikal jenama BMX pernah menjadi kegilaan mereka dan antara yang menjadi idaman adalah BMX Apollo yang pernah dipopularkan pelakon hebat, Faizal Hussein dalam filem Bujang Selamat.

Seperti barangan 'rare' dan popular lain, basikal BMX Apollo kini terus menjadi buruan penggemar jenama itu tidak kira dari luar atau dalam negara.

Dah jadi barang 'rare', basikal BMX 'lama' Apollo Faizal Hussein kini cecah ribuan ringgit! 02

BMX Kuwahara Apollo Vintage

Dan menariknya, selaras dengan popularitinya yang terus meningkat, harga untuk basikal itu kini dikatakan sudah mencecah ribuan ringgit, menurut laporan yang dikeluarkan Kosmo!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pernah dipopularkan oleh Faizal Hussein, BMX Apollo kini boleh dilabel sebagai barangan unik dan sukar untuk diperolehi.

Dah jadi barang 'rare', basikal BMX 'lama' Apollo Faizal Hussein kini cecah ribuan ringgit! 01

Faizal Hussein

Malah jika anda beranggapan duit yang banyak sudah cukup untuk mendapatkannya, ia ternyata salah kerana basikal itu tidak boleh diperoleh dengan mudah.

Dah jadi barang 'rare', basikal BMX 'lama' Apollo Faizal Hussein kini cecah ribuan ringgit! 02

Antara babak dalam filem Bujang Selamat menampilkan basikal BMX Apollo

Meneliti beberapa laman jual beli atas talian termasuk di laman sosial, harga untuk BMX Apollo kini sudah pun setaraf dengan motosikal yang berenjin dan mencecah angka RM 5,000 untuk seunit.

Seorang peminat BMX Apollo, Paan Romero menurut laporan Kosmo! menyifatkan basikal itu sebagai barang 'rare' dan memberi nasihat agar pemilik yang masih memilikinya untuk menyimpannya.

Dah jadi barang 'rare', basikal BMX 'lama' Apollo Faizal Hussein kini cecah ribuan ringgit! 03

"Dua tahun lalu saya jual pun dah cecah R 3,000. Sekarang nak jumpa balik kemain payah lagi, kalau yang buruk-buruk pun orang sayang nak jual,” katanya.

Dah jadi barang 'rare', basikal BMX 'lama' Apollo Faizal Hussein kini cecah ribuan ringgit! 04

Faizal Hussein. Sumber media sosial

Seorang lagi yang dikenali sebagai Epul Bangsar berkata basikal BMX Apollo boleh digambarkan sebagai barang bernilai. “Ini yang orang cakap makin lama makin menjadi, makin lama makin bernilai."

Dah jadi barang 'rare', basikal BMX 'lama' Apollo Faizal Hussein kini cecah ribuan ringgit! 05

Justeru kepada mereka yang masih memiliki basikal BMX Apollo, anda juga dinasihatkan untuk menyimpan dan membaik pulihnya kerana siapa yang tahu, ia boleh menjadi 'emas' kepada anda.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda