window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah sangap nak beraksi, lelaki 'drift' Nissan Cefiro kantoi dengan polis!

Mersita · Aug 26, 2021 06:00 PM

Dah sangap nak beraksi, lelaki 'drift' Nissan Cefiro kantoi dengan polis! 01

Diakui, ramai yang bosan terperangkap di rumah dan kawasan kediaman disebabkan oleh pandemik ini. Namun, melanggar undang-undang tetap satu kesalahan yang boleh membawa padah. Seorang lelaki berusia 30 tahun yang melepaskan gian untuk ‘drift’ di kawasan lampu isyarat di hadapan Wisma Tani di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur pada awal pagi kelmarin telah berjaya dicekup polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata pihaknya menerima aduan orang awam dan hasil risikan Unit Risikan Operasi JSPT berjaya mengesan suspek sebelum menahannya di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada 4.30 pagi itu, lapor Harian Metro.

Dah sangap nak beraksi, lelaki 'drift' Nissan Cefiro kantoi dengan polis! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau berkata suspek mendakwa dia melakukan aksi ‘drift’ tersebut adalah bagi melepaskan bosan dan gian serta ingin berseronok ketika Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). Katanya, sebelum ini suspek sering ‘drift’ di litar Shah Alam bersama rakan-rakan. Namun, sejak PKP dilaksanakan sejak berbulan lamanya, dia tidak dapat merentas daerah.

Oleh itu, dek kebosanan kerana sudah lama tidak ‘drift’, suspek sanggup melakukannya di jalan raya.

"KL Drift nak 'drift' ada lesen. Apalah kita yang marhaen.."

Tambah beliau, kereta Nissan Cefiro yang digunakan suspek untuk aksi ‘drift’ tersebut turut disita dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menjalankan pemeriksaan mendapati suspek melakukan kesalahan ubahsuai kenderaan.

Dah sangap nak beraksi, lelaki 'drift' Nissan Cefiro kantoi dengan polis! 01

Nissan Cefiro yang telah diubahsuai

"JPJ mengeluarkan dua saman atas kesalahan penyerap bunyi tidak mengikut spesifikasi dan ubah suai bentuk serta peralatan kenderaan. Pemilik asal kenderaan terbabit juga akan dipanggil kerana suspek masih belum menukar nama ketika membeli kereta itu," katanya.

Sarifudin berkata suspek tiada rekod jenayah lampau dan diarah reman dua hari, namun dibebaskan dengan jaminan polis semalam. Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda