window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dokumen asal & pemilik meninggal antara punca kereta lama di Malaysia sukar dilupuskan

Faisal ยท Jul 7, 2022 09:00 AM

Dokumen asal & pemilik meninggal antara punca kereta lama di Malaysia sukar dilupuskan 01

Kredit foto: Media sosial.

Kalau anda perasan di tanah air kita, banyak kereta lama yang dilihat tersadai begitu sahaja. Untuk makluman anda, pihak berkuasa sukar melupuskan kereta-kereta ini kerana dokumen pendaftaran asal sudah tiada atau pemilik sendiri sudah meninggal dunia. Jadi, pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk buat apa-apa dengan kenderaan tersebut.

Dokumen asal & pemilik meninggal antara punca kereta lama di Malaysia sukar dilupuskan 02

Menurut Pengarah MDS Traffic Planners & Consultants, lebih 30% kereta yang berdaftar sejak tahun 1946 sekarang ini hanya ada rekod pendaftaran. Dokumen fizikal sendiri sudah hilang.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia tidak ada polisi pelupusan kenderaan. Menariknya, sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi kajian End of Life Vehicle (ELV) telah mendedahkan bahawa di seluruh negara, terdapat lebih 7 juta kereta dan lori buruk yang tersadai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dokumen asal & pemilik meninggal antara punca kereta lama di Malaysia sukar dilupuskan 01

Situasi ini sekaligus membuatkan kawasan perumahan dan kemudahan awam menjadi semak dengan lambakan kereta-kereta lama.

Malah menurut salah seorang daripada penyelidik itu, kenderaan yang tersadai boleh mencemarkan alam sekitar kerana masih mengandungi minyak dan menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.

Dokumen asal & pemilik meninggal antara punca kereta lama di Malaysia sukar dilupuskan 02

Gambar hiasan.

Kalau anda nak tahu, negara maju seperti United Kingdom dan Jepun mempunyai pihak ketiga yang sanggup membeli kereta-kereta lama untuk dikitar semula sebagai alat ganti. Kebiasaannya, pihak ini adalah peniaga besi buruk yang mana setiap urusannya perlu dipersetujui pemilik kereta itu dan dikendalikan oleh pihak berkuasa.

Dokumen asal & pemilik meninggal antara punca kereta lama di Malaysia sukar dilupuskan 03

Apapun, antara cadangan para pakar yang bersuara ini adalah meminda nombor pendaftaran lama yang masih bernilai itu kepada pemilik baru yang berminat melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber: Utusan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda