window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dua jaguh 'mengganas' di Sepang, Kasma, Super KIP, takluk perlumbaan 1 MSBK 2021!

Khairil ยท Oct 16, 2021 08:00 PM

Dua jaguh 'mengganas' di Sepang, Kasma, Super KIP, takluk perlumbaan 1 MSBK 2021! 01

Dua bekas pelumba negara di kancah Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Khairul Idham Pawi membuktikan kejaguhan apabila merangkul kemenangan pusingan 1 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021, hari ini.

Tampil beraksi buat kali pertama dalam kelas elit 1000 cc, Kasma yang menunggang jentera Yamaha tidak bermasalah untuk merekod kemenangan dengan penuh bergaya di Litar Antarabangsa Sepang.

Juga baca: Susulan peningkatan kes Covid-19, pusingan 1 ARRC 2021 di SIC ditangguhkan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dua jaguh 'mengganas' di Sepang, Kasma, Super KIP, takluk perlumbaan 1 MSBK 2021! 01

Khairul Idham atau dikenali sebagai Super KIP yang juga sudah hampir setahun tidak beraksi di litar turut membuktikan kemampuan dimilikinya dengan memenangi kelas 600 cc.

Bermula di petak utama, Kasma yang menunggang jentera YZF-R1M seperti tidak dicabar apabila melepasi garisan penamat dengan catatan 21 minit 23.783s.

Dua jaguh 'mengganas' di Sepang, Kasma, Super KIP, takluk perlumbaan 1 MSBK 2021! 02

Tempat kedua menjadi milik seorang lagi bekas pelumba negara di Moto2, Azlan Shah Kamaruzaman namun terpaksa bergelut dengan masalah jentera dan pelumba MME Racing Team Malaysia, Ahmad Daniel Haiqal melengkapkan kedudukan podium.
 
"Cukup menggembirakan apabila memenangi perlumbaan sulung dalam kelas 1000 cc dan saya mengharapkan persaingan yang lebih sengit pada perlumbaan berikutnya," kata Kasma.

Dua jaguh 'mengganas' di Sepang, Kasma, Super KIP, takluk perlumbaan 1 MSBK 2021! 03

"Tiada apa yang dapat saya belajar jika saya berlumba berseorangan dan kekal dengan kelajuan sendiri. Jadi saya berharap Azlan dan pasukannnya dapat menyelesaikan masalah suspensi pada perlumbaan 2 dan  turut berharap Zaqhwan (Zaidi -Honda) untuk menyertai grid pada perlumbaan kedua."

Juga baca: SIC buka 'pintu' kepada peminat berbasikal, larian

Dua jaguh 'mengganas' di Sepang, Kasma, Super KIP, takluk perlumbaan 1 MSBK 2021! 04

Untuk Super KIP, bermula di barisan kedua tidak mendatangkan masalah buatnya untuk merakam kejayaan bersama jentera CBR600RR model 2020 dan insiden membabitkan Mohd Ibrahim Norrodin dan Azroy Hakeem Anuar tampil memberikan peluang lebih besar buatnya.

"Permulaan saya buruk kerana sudah hampir setahun saya tidak berada di grid perlumbaan. Tetapi saya juga dapat melihat yang Ibrahim dan Azroy melakukan banyak kesalahan dan menunggu masa yang sesuai.Ia benar-benar perlumbaan yang baik dan saya amat seronok," katanya.

Dua jaguh 'mengganas' di Sepang, Kasma, Super KIP, takluk perlumbaan 1 MSBK 2021! 05

Tempat kedua kelas 600 cc menjadi milik Mohd Syarifuddin Azman dari pasukan SIC Racing dengan Helmi Azman di tangga ketiga.

Keputusan perlumbaan 1 MSBK 2021

MSBK 1000

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha, Yamaha Racing Team ASEAN), 21’23.783s
  2. Azlan Shah Kamaruzaman (BMW, BMW S1000RR 2020), 21’32.698s
  3. Ahmad Daniel Haiqal (BMW S1000RR 2020), 22’00.313s

MSBK 600 

  • Khairul Idham Pawi (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 21’59.034s
  • Mohd Syarifuddin Azman (Kawasaki, SIC Racing), 21’59.383s
  • Mohd Helmi Azman (Honda, Boon Siew Honda Racing Team), 21’59.430s

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda