window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Elon Musk 'paksa' pekerja Tesla masuk pejabat, kalau tak dianggap 'resign'. Setuju?

Mersita · Jun 3, 2022 07:00 PM

Elon Musk 'paksa' pekerja Tesla masuk pejabat, kalau tak dianggap 'resign'. Setuju? 01

Siapa tak kenal Elon Musk, pemilik syarikat Tesla dan pengasas program Space X yang bercita-cita untuk mewujudkan penempatan manusia di Planet Marikh. Namun, baru-baru ini usahawan terkenal itu mencetus kontroversi apabila beliau mengeluarkan memo kepada semua kakitangannya; mengarahkan mereka untuk kembali bekerja di pejabat atau berdepan risiko dipecat.

Memo yang dihantar menerusi emel pada Selasa itu tular di media sosial. Emel yang dihantar kepada semua staf eksekutif bertajuk “remote work is no longer acceptble” (kerja dari rumah sudah tidak boleh diterima) mengatakan semua pekerja mesti berada di pejabat (sesuai dengan jawatan masing-masing di daerah yang ditetapkan) sekurang-kurangnya 40 jam seminggu, atau berhenti dari Tesla.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
— Internal Tech Emails (@TechEmails) June 1, 2022

Katanya, syarat kehadiran ini lebih rendah berbanding pekerja-pekerja di kilang kereta jenama itu. Apabila ditanya tentang pendapat beliau berhubung kontroversi dicetus emel ini, dia hanya menjawab, "They should pretend to work somewhere else" (Mereka boleh berpura-pura bekerja di tempat/syarikat lain) dalam satu ciapan Twitter.

Dalam satu lagi emel berkaitan, Elon menegaskan yang semakin ‘senior’ jawatan staf itu, semakin penting bagi mereka untuk bekerja rapat di pejabat.

“Inilah sebabnya kenapa saya sering berada di kilang – supaya mereka yang bekerja di barisan produksi boleh nampak saya bekerja bersama-sama mereka. Jika saya tak buat begini, Tesla pasti dah lama bankrap,” tulisnya lagi.

Elon Musk 'paksa' pekerja Tesla masuk pejabat, kalau tak dianggap 'resign'. Setuju? 01

Kredit foto: Tesla Inc.

Katanya, memang ada syarikat yang tak perlu menyuruh pekerja untuk sentiasa berada di pejabat. “Tapi, bila kali terakhir mereka mengeluarkan produk baru yang hebat? Dah lama (tak ada),” soalnya.

Elon juga mendakwa yang Tesla akan terus mencipta dan menghasilkan produk paling mengujakan dan bermakna berbanding mana-mana syarikat lain di muka bumi ini. “Ini takkan tercapai menerusi panggilan telefon sahaja,” tulisnya sebagai penutup emel berkenaan.

Pada tahun 2020, Elon pernah berdepan kritikan apabila kilang Tesla di Fremont, California dibuka untuk operasi – melanggar arahan dari pihak berkuasa yang sedang bergelut dengan masalah penularan serius wabak Covid-19.

Walaupun CEO Tesla ketika itu berkata pekerja boleh duduk di rumah jika tidak selesa hadir bekerja, dua pekerja dilaporkan menerima notis penamatan pelantikan atas sebab “kegagalan untuk kembali bekerja”.

Ramai yang mengkritik keputusan dibuat Elon, seorang yang dianggap berfikiran moden, apabila arahan bekerja di pejabat ini dikeluarkan. Nampak gayanya, Elon berpegang teguh dengan prinsip usaha untuk menjadi hebat di mata dunia tidak boleh dihalang oleh apa-apa sekalipun, termasuklah wabak penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

Di zaman teknologi serba canggih ini, Elon masih percaya yang hubungan dan komunikasi fizikal itu cukup berharga dan tidak boleh ditukar ganti dengan gajet semata-mata.

Setuju? Jom komen di Facebook WapCar – BM.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda