window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

E-skuter akan diharamkan di jalanraya bermula 1 Januari 2021

Mersita ยท Dec 14, 2020 01:00 PM

E-skuter akan diharamkan di jalanraya bermula 1 Januari 2021 01

Trend penggunaan skuter elektrik atau e-skuter di laluan pejalan kaki dan jalanraya semakin mendapat perhatian sejak beberapa tahun lalu. Selain daripada ditawarkan secara sewa atas-talian di kawasan urban dimana trafik pejalan kaki tinggi seperti di KLCC dan Bukit Bintang, ada juga yang memiliki skuter elektrik ini untuk kegunaan harian seperti perjalanan pergi dan balik ke pejabat dalam jarak dekat seperti yang boleh dilihat di Bangsar South dan Cyberjaya, antaranya.

Tapi, semua ini bakal berubah kerana ia bakal diharamkan penggunaannya di semua jalanraya awam bermula 1 Januari 2021. Ini berikutan ramai pengguna jalanraya yang lain mengemukakan aduan berkenaan pengguna e-skuter ini yang menghalang laluan dan pada masa yang sama penggunanya membahayakan nyawa sendiri.

E-skuter akan diharamkan di jalanraya bermula 1 Januari 2021 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata yang pengguna e-skuter ini hanya boleh menggunakannya di kawasan yang digazet seperti di taman-taman dan kawasan yang dibenarkan di sekitar pusat membeli-belah.

Beliau juga berkata yang pengguna e-skuter harus memohon lesen istimewa dari Ketua Pengarah JPJ jika mereka ingin menggunakannya di jalanraya. Buat masa ini, pihak polis hanya menasihatkan pengguna untuk berhenti menggunakannya di kawasan-kawasan terlarang.

Bermula 1 Januari 2021, denda akan mula dikenakan terhadap pengguna e-skuter yang ingkar di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

E-skuter akan diharamkan di jalanraya bermula 1 Januari 2021 01

Gambar oleh Creative Christians @ Unsplash

Langkah ini sudah diambil di negara jiran seperti di Singapura setahun lalu dimana bandar urban itu mengharamkan penggunaan e-skuter di laluan pejalan kaki bagi membendung kemalangan yang antaranya boleh menyebabkan kematian. Malah, negara seperti Perancis juga sudah mengharamkan penggunaannya atas sebab yang sama.

Sumber berita: NST

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda