window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fabio Quartararo dah 'bengang', rela tinggalkan Yamaha untuk sertai Suzuki!

Khairil · Dec 28, 2022 04:00 PM

Fabio Quartararo dah 'bengang', rela tinggalkan Yamaha untuk sertai Suzuki! 01

Juara dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo katanya kecewa dengan tahap kompetitif ditampilkan Yamaha mungkin sudah 'berhijrah' ke Suzuki jika pasukan itu kekal di MotoGP, dakwa bekas pengurus Suzuki Ecstar, Livio Suppo.

Fabio Quartararo dah 'bengang', rela tinggalkan Yamaha untuk sertai Suzuki! 02

Fabio Quartararo

Seperti diketahui, Quartararo gagal mempertahankan gelaran dunianya sekalipun pada satu ketika memiliki kelebihan besar 91 mata di carta kejuaraan di atas juara dari Ducati, Francesco Bagnaia dengan prestasi jentera Yamaha dikatakan menjadi antara sebab utama.

Juga baca: Suzuki rasmi tinggalkan MotoGP, EWC hujung 2022

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Fabio Quartararo dah 'bengang', rela tinggalkan Yamaha untuk sertai Suzuki! 01

Livio Suppo

Dan berikutan kekecewaan itu, Suppo, yang juga bekas Prinsipal pasukan Honda dan Ketua Projek Ducati MotoGP percaya jika Suzuki Ecstar masih kekal, dia mampu untuk 'memikat' bintang Perancis itu untuk berhijrah.

"Pada saya (Quartararo dan Marc Marquez) sudah bengang dengan situasi yang mereka hadapi, dan sudah mencapai pada tahap di mana Quartararo datang kepada kami (Suzuki) secara rela," kata Suppo memetik laporan Mow Mag.

Fabio Quartararo dah 'bengang', rela tinggalkan Yamaha untuk sertai Suzuki! 02

Fabio Quartararo

"Dan pasti menyeronokkan untuk melihatnya berada di Suzuki."

Suzuki meninggalkan MotoGP dengan nota mengagumkan apabila pelumbanya, Alex Rins memenangi dua daripada tiga pusingan terakhir termasuk perlumbaan penutup tirai di Valencia, Sepanyol.

Fabio Quartararo dah 'bengang', rela tinggalkan Yamaha untuk sertai Suzuki! 03

Joan Mir

Untuk musim 2023, Rins bersama juara dunia 2020, Joan Mir masing-masing memilih untuk menyertai Honda, pasukan yang mengharungi kempen mendukacitakan musim ini.

Sekalipun memiliki barisan pelumba berkualiti tinggi, Suppo turut mengakui bimbang dengan keupayaan Yamaha dan Honda untuk menyaingi Ducati terutama dari sudut prestasi jentera.

Fabio Quartararo dah 'bengang', rela tinggalkan Yamaha untuk sertai Suzuki! 04

Alex Rins

“Fabio dan Marc Marquez adalah dua pelumba terbaik, tetapi di atas kertas mereka perlu 'bertarung' dengan jentera mereka dan ia agak mengecewakan buat kejuaraan dunia," kata Suppo.

Juga baca: Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022!

Fabio Quartararo dah 'bengang', rela tinggalkan Yamaha untuk sertai Suzuki! 05

Joan Mir

"Untuk Fabio, saya tidak mahu dia pada satu tahap sudah hilang rasa percaya, dia sudah meletakkan banyak kepercayaan selama bertahun-tahun, tatapi jika jentera berterusan menghadapi isu dia mungkin akan keluar.

Fabio Quartararo dah 'bengang', rela tinggalkan Yamaha untuk sertai Suzuki! 06

Marc Marquez

"Untuk Marc pula, saya fikir dia sudah hilang kepercayaan sedikit kepada Honda, sekurang-kurangnya daripada kenyataan terakhir yang dibuat malah dia juga menamatkan sesi ujian di Valencia lebih awal.

Fabio Quartararo dah 'bengang', rela tinggalkan Yamaha untuk sertai Suzuki! 07

"Ia nampak seperti mereka sudah tidak meletakkan banyak kepercayaan lagi, jadi ia amat sukar untuk memahami siapa yang akan lebih kompetitif. Ia akan bergantung kepada bagaimana pasukan mereka mampu meningkatkan kemampuan jentera.

"Saya berharap ketika musim sejuk ini, Honda dan Yamaha akan mampu melakukannya, demi kejuaraan, untuk 'memperbaiki' jentera mereka," kata Suppo.

Sumber imej: FB Fabio QuartararoTeam Suzuki EcstarMarc Márquez

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda